Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Zionis Israel nodai gagasan keamanan dunia
utama

Zionis Israel nodai gagasan keamanan dunia



Oleh DR ZULKEFLEE YAACOB

KABINET Israel meluluskan perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan di antara pejuang Palestin, Hamas di Semenanjung Gaza.

Perang yang sudah berlangsung selama 15 bulan sejak 7 Oktober tahun lalu di wilayah Palestin yang dikuasai Hamas telah meragut nyawa lebih 46,000 serta lebih 107,000 cedera dan cacat anggota.

Jumlah itu daripada 2.3 juta populasi penduduk seperti dilapor Kementerian Kesehatan Palestina Analisis statistik yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet.

Para akademisi dari London School of Hygiene and Tropical Medicine, Universitas Yale dan universiti lain menggunakan metodologi statistik menghitung jumlah korban dan tewas akibat operasi udara dan darat Israel di Gaza antara Oktober 2023 dan akhir Jun 2024. 

Perang genosida di Jalur Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu telah diresolusikan gencatan senjata oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Namun, berdasarkan rekod Zionis Israel sering mengingkari undang-undang antarabangsa. Israel memperlihatkan sikap tidak menghormati gagasan keamanan dunia.

Malah, Zionis Yahudi gagal mematuhi perjanjian-perjanjian gencatan senjata terdahulu, termasuk dengan Hezbollah. 

Lebih memalukan lagi pemimpinnya suka berkonfrontasi dan tidak menghormati mana-mana perjanjian atauundang-undang. 



Sebelum ini Pengadilan Kriminal Internasional (ICC) mengeluarkan surat perintah penangkapan Benjamin Netanyahu dan mantan Menteri Pertahanan Yoav Gallant di atas kejahatan perang dan kemanusiaan serta kasus genosid di Gaza.

Namun, korban rakyat Palestin terus meningkat kepada 119 orang akibat serangan bom di kawasan Mawasi, barat Khan Younis di selatan kawasan itu beberapa jam diumumkan perjanjian gencatan senjata. 

Rangka tindakan pemulangan tebusan berjadual pasca perjanjian mengikut perunding utama Amerika Syarikat (AS), Brett McGurk selaku wakil Rumah Putih, bermula Ahad dengan tiga tebusan wanita dibebaskan melalui Palang Merah. 

Ketetapan perjanjian melalui tiga peringkat, iaitu fasa enam minggu pertama saling pertukaran tebusan di antara Hamas - Israel. 

Sebanyak 33 daripada 98 tebusan Israel termasuk wanita, kanak-kanak dan lelaki berusia lebih 50 tahun, dibebaskan pada fasa pertama. 

Israel pula membebaskan semua wanita dan kanak-kanak Palestin di bawah umur 19 tahun yang berada di penjara Israel menjelang akhir fasa pertama. 



Senarai nama 95 tahanan Palestin yang dibebaskan diumumkan oleh Kementerian Kehakiman Israel pada Jumaat lepas. 

Gencatan senjata dan pembebasan tebusan tanpa makna jika sikap konfrontasi masih wujud. 

Rumah Putih menjadi tambah celaru dengan pelantikan Presiden Trump. Sedangkan Trump berdepan dengan pascabencana kebakaran dahsyat yang menyebabkan kerugian ratusan billion dolar. 

Oleh itu, pemantauan PBB dan pejuang keamanan dunia tidak muluk sekadar di atas teks tetapi menjadi wadah jalur gencatan senjata dengan mengusahakan perang Israel-Hamas ditamatkan segera.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook