Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

BERJEMAAH MAGHRIB DI GELANGGANG SERLAHKAN KEUNIKAN SEPAK TAKRAW PIALA TMB 2024
utama

BERJEMAAH MAGHRIB DI GELANGGANG SERLAHKAN KEUNIKAN SEPAK TAKRAW PIALA TMB 2024

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: FB YB Zamakhshari Muhamad

KOTA BHARU, 16 Februari – Keunikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Timbalan Menteri Besar Kelantan 2024 terserlah semasa perlawanan akhir berlangsung, para pemain, pemimpin, dan penonton berjeda seketika di pertengahan perlawanan tersebut untuk bersama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah di gelanggang kejohanan.

Suasana penuh keberkatan itu menyaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan sendiri mengimamkan solat sebelum sepak mula set penentuan.

Mendapat berkat dan semangat baharu selepas solat, regu Kuala Krai A bangkit dengan penuh bertenaga untuk mengungguli perlawanan akhir yang sengit, menewaskan Bachok A dengan keputusan 2-1.

Aksi final bermula dengan Bachok A lebih agresif, menguasai set pertama dengan kemenangan tipis 15-12. Namun, Kuala Krai A yang dipimpin bekas pemain Kelantan Warriors, Naim Izani Nor, tidak menyerah kalah, kembali mengatur strategi dan mendominasi set kedua dengan 15-9, memaksa perlawanan ditentukan menerusi set ketiga.

Sebelum set penentuan bermula, suasana gelanggang berubah apabila semua pihak – pemain, pegawai pasukan, serta para penonton – bersama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah di tengah gelanggang kejohanan, menjadikan kejohanan ini bukan sekadar pertandingan sukan, tetapi juga medan pembentukan sahsiah dan disiplin Muslim sejati.

Momentum kemenangan semakin berpihak kepada Kuala Krai A selepas itu, apabila mereka mempamerkan aksi dominan dengan mendahului 11-2, 12-4 dan 14-4, sebelum mengesahkan kejuaraan dengan 15-5.

Sebagai juara, Kuala Krai A membawa pulang wang tunai RM4,000, piala iringan dan pingat.

Sementara naib juara, Bachok A, menerima RM2,000 berserta pingat.

Tempat ketiga bersama pula dimenangi oleh Pengkalan Chepa B dan Tanah Merah B, masing-masing menerima RM1,000 serta pingat.

Hadiah disampaikan YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan yang menegaskan bahawa sukan bukan sekadar persaingan di gelanggang, tetapi juga medium perpaduan dan pembinaan karakter.

“Sukan sepak takraw bukan sekadar warisan kebanggaan, tetapi juga wadah untuk memperkukuh semangat kesukanan, perpaduan dan disiplin dalam kalangan anak muda Kelantan. Kejohanan ini membuka ruang kepada bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat negeri dan kebangsaan,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan menjadikan sukan sebagai medan membentuk keperibadian Muslim sejati.

“Jadikan sukan sebagai ibadah dengan menjaga akhlak, disiplin serta mematuhi syariat. Kejayaan sebenar bukan sekadar bergelar juara di gelanggang, tetapi juga dalam kehidupan,” tambahnya.

Turut hadir, menyaksikan kejohanan yang menghimpunkan 28 regu dari 14 parlimen di Kelantan ialah Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhammad.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook