Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

DELEGASI RIAU TEROKA KEINDAHAN KELANTAN
utama

DELEGASI RIAU TEROKA KEINDAHAN KELANTAN

Oleh: Norzana Razaly

TANAH MERAH, 24 Februari – Seramai 26 anggota delegasi dari Riau, Indonesia hadir ke negeri ini dalam rangka lawatan program Fam Trip Xplorasi Indahnya Kelantan 2025 bermula Sabtu lalu.

Kunjungan yang diketuai Ketua Astindo Riau, Manohara Harpina Diansari itu disambut mesra Ahli Dewan Negeri (ADN) Gual Ipoh YB Bahari Mohamad Nor di Dataran Guillemard View pada Ahad.

Menurut YB Bahari, pihaknya berbesar hati menerima kehadiran mereka dan menyifatkan lawatan tersebut sebagai langkah positif dalam memperkukuh hubungan pelancongan Malaysia-Indonesia.

“Kita amat mengalu-alukan kehadiran delegasi dari Riau yang berpeluang menyaksikan sendiri keunikan dan keindahan negeri ini.

"Sambutan pelancong ke Dataran Guillemard View juga semakin menggalakkan, sekali gus merangsang kegiatan ekonomi penduduk tempatan.

"Senario ini membuktikan kawasan ini berpotensi besar dalam sektor pelancongan,” katanya.

Petunjuk jarak jalan baharu yang dicadangkan menghubungkan jalan dari bawah Jambatan Guillemard ke Kota Harmoni sepanjang 1.58km.

Bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di lokasi ikonik itu, YB Bahari turut mencadangkan pembukaan laluan baharu di bawah Jambatan Guillemard yang menghubungkan kawasan tersebut dengan Kota Harmoni bagi menangani kesesakan dan memperluaskan akses ke kawasan perniagaan.

“Dengan pembukaan laluan baharu ini, ruang di sekitar Guillemard akan lebih terbuka, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan di lampu isyarat Batu Hitam, terutamanya pada musim perayaan.

"Selain itu, pembangunan Kota Harmoni dan pekan Kusial akan membuka lebih banyak peluang perniagaan sepanjang laluan ini,” jelasnya, ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, kedudukan strategik Guillemard yang terletak di tengah-tengah laluan itu akan menjadikannya lebih mudah diakses oleh orang ramai.

YB Bahari bersama ADO Tanah Merah membuat tinjauan jalan Guillemard - Kota Harmoni

"Jarak di antara Guillemard dan Kota Harmoni hanya 1.58km, menjadikannya lokasi yang amat sesuai untuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan pelancongan," ujarnya.

Selain berperanan sebagai hab pelancongan, kawasan berkenaan juga berpotensi dibangunkan sebagai lokasi riadah yang menawarkan aktiviti seperti berjoging, berbasikal dan bersantai.

Dalam perkembangan berkaitan, YB Bahari memaklumkan bahawa Lot 17162 di kawasan tersebut telah diwartakan sebagai rezab riadah dan rekreasi, sekali gus memudahkan usaha membangunkan kawasan pelancongan yang berkonsepkan bandar pesisir air.

"Langkah ini dijangka akan menambah daya tarikan pelancongan di kawasan tersebut dengan lebih banyak kemudahan rekreasi yang boleh dimanfaatkan oleh pelancong dan penduduk tempatan.

"Cadangan ini akan dibawa kepada pihak berwajib untuk penelitian lanjut dalam usaha meningkatkan daya tarikan pelancongan serta kemudahan infrastruktur di kawasan terbabit," katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook