Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Fatwa orang Islam terbabit perayaan agama lain sudah ada
utama

Fatwa orang Islam terbabit perayaan agama lain sudah ada



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:  Garis panduan penglibatan orang Islam dalam perayaan keagamaan selain Islam perlu dikeluarkan segera.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Mohd Asri Mat Daud berkata, perkara itu amat penting bagi memastikan umat Islam mempunyai panduan jelas berkaitan perkara tersebut. 


Katanya isu tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pemimpin sehingga dibawa semula ke kabinet untuk perbincangan lanjut.


"Garis panduan hanya melibatkan umat Islam, sementara fatwa berkaitan penglibatan dalam perayaan keagamaan bukan Islam telah pun wujud," katanya di sini. 


Baru-baru ini Menteri Hal Ehwal Agama Islam Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar memaklumkan garis panduan tersebut disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dijadualkan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-126. 


Mohd Asri juga berkata, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 12 Jun 2007  menetapkan ucapan tahniah kepada bukan Islam sempena perayaan mereka adalah harus, dengan syarat tidak mengandungi unsur mengiktiraf atau memuliakan agama lain.


Selain itu, Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 22 Januari 2019 turut memutuskan  umat Islam dilarang menghadiri majlis yang melibatkan upacara keagamaan agama lain. 


Katanya, Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) melarang umat Islam daripada menghadiri ritual keagamaan bukan Islam.


Manakala Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 25 Mac 1987 pula menegaskan, pembesar Islam tidak boleh merasmikan rumah ibadat bukan Islam kecuali jika ia boleh mengelakkan perpecahan kaum, dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat mereka.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook