Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN PERUNTUKKAN RM300,000 UNTUK PEMBANGUNAN PERTANIAN DI RONG CHENOK
utama

KELANTAN PERUNTUKKAN RM300,000 UNTUK PEMBANGUNAN PERTANIAN DI RONG CHENOK

Oleh: Norzana Razaly

PASIR MAS, 2 Februari – Kerajaan Negeri Kelantan terus komited memajukan sektor pertanian di Ladang Agro Valley Rong Chenok sebagai antara pemacu utama ekonomi negeri demi kesejahteraan rakyat.

Bagi merealisasikannya, Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud menyempurnakan penyampaian peruntukan kepada beberapa projek pertanian utama di ladang kelolaan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK).

Antaranya, Pengembangan Pembangunan Tanaman Melon Madu Kelantan (MMK) menerima peruntukan RM150,000 manakala Pembangunan Tanaman Bawang pula disalurkan dana RM100,000 dan Tanaman Anggur sebanyak RM50,000.

Beliau berharap peruntukan RM300,000.00 tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain industri bagi meningkatkan hasil pengeluaran, memperkenalkan inovasi pertanian, serta melonjakkan ekonomi tempatan.

Terdahulu, beliau menegaskan komitmen kerajaan negeri dalam hal berkaitan semasa mempengerusikan Mesyuarat Anggota Lembaga Pengarah PKPNK Bil.17(01/2025) di Bilik Gerakan Ladang Rong Chenok, di sini, hari ini.

Menurutnya, pelbagai agenda strategik dibincangkan bagi memperkukuh sektor pertanian negeri, termasuk usaha meningkatkan produktiviti hasil tanaman, memperluas pasaran domestik dan antarabangsa, serta memperkasakan peranan petani dan usahawan agro.

"Kelantan memiliki potensi besar dalam sektor pertanian. Usaha berterusan diperlukan untuk memastikan para petani dapat meningkatkan hasil dan pendapatan mereka, sekali gus memperkukuh kedudukan negeri sebagai hab pertanian utama negara," katanya menerusi hantaran di laman sosial.

Beliau turut melawat Ladang Agro Valley Rong Chenok bagi meninjau secara dekat hasil-hasil pertanian yang sedang diusahakan.

Lawatan tersebut menjadi platform penting untuk memahami cabaran dan potensi yang boleh dikembangkan dalam sektor terbabit.


Sementara itu, Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail yang mengiringi Menteri Besar Kelantan, memaklumkan bahawa dengan keluasan 20 buah Sistem Perlindungan Hujan (SPH), kawasan tersebut telah dipenuhi dengan tanaman sayuran pelbagai dan tanaman pokok cili yang menggunakan sistem fertigasi.

"Alhamdulillah kita telah berjaya mengeluarkan sayuran ini ke pasaran tempatan dan akan dipergiatkan lagi untuk pasaran luar pada masa akan datang," catatnya di laman sosial. 

Beliau juga berharap usaha tersebut terus berkembang dan menjadi pemangkin kepada pertanian moden di Kelantan, seterusnya membantu meningkatkan hasil pengeluaran makanan serta ekonomi para petani di negeri ini.





MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook