Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KERAJAAN NEGERI RAI WARGA EMAS
utama

KERAJAAN NEGERI RAI WARGA EMAS

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Rohani Ibrahim

Oleh : Che Maziah Mat
Kredit foto: FB UKEKWA

TUMPAT, 21 Februari – Warga emas di Kelantan yang berusia 60 tahun ke atas dirai Kerajaan Negeri pada Program Cakna Warga Emas, bertempat di SMU (A) Bustanus Saadah, Morak Tumpat, hari ini.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Rohani Ibrahim berkata program ini merupakan komitmen dan inisiatif kerajaan negeri bagi menghargai jasa mereka yang telah menyumbang kepada pembangunan negeri dan masyarakat.

“Inisiatif ini termasuklah menggubal Dasar Warga Emas Mukramun, Sambutan Hari Warga Emas peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga negeri. Malah untuk memastikan objektif dasar ini tercapai, kerjasama inter-agensi turut diadakan melibatkan beberapa program seperti program ziarah kasih, sumbangan skuad kita cakno, projek cuci rumah warga emas, bengkel terapi dan Kesihatan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua warga emas yang berjaya melalui fasa kehidupan yang mana kejayaan ini akan terus menjadi inspirasi buat kita, fokus utama masa ini adalah menjaga kesihatan, eratkan hubungan bersama keluarga dan memanfaatkan masa lapang untuk menambah ilmu pengetahuan dan juga amal ibadah,” katanya pada majlis perasmian program tersebut.

Sementara itu, semua peserta yang hadir adalah seramai 250 orang mewakili empat DUN dalam Parlimen Tumpat. Program ini merupakan kerjasama antara kerajaan negeri melalui U-keKWa dan persatuan Ikatan Mahabbah Kelantan yang julung kali diadakan.

Majlis turut dihadiri Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato' Hajah Mumtaz Md Nawi, Isteri Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri (ADN) Pasir Pekan, Datin Bentara Kanan Datin Hajah Siti Zabidah Abd Hamid, Isteri ADN Pengkalan Kubor, Datin Nurfariza Mohd Hasan, Pengerusi Persatuan Ikatan Mahabbah Kelantan Rahimah Husain dan Pengerusi As-Sabiqat Parlimen Tumpat, Che Limah Mohamad.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook