Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kesedaran sertai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah rendah

Kesedaran sertai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah rendah



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan menyasarkan 5,000 individu menyertai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) tahun lepas.

Namun, sasaran yang dicapai hanya 3,000 pencarum atau 60 peratus.

Pengarahnya Nora Yaacob berkata, tahap kesedaran rakyat negeri tersebut mencarum di bawah SKSSR masih  rendah.

Katanya, ia menunjukkan kesedaran masyarakat masih rendah walaupun skim yang diperkenalkan pada 2022 itu menawarkan pelbagai faedah sekiranya pencarum ditimpa keuzuran, kemalangan serta kematian.

"Perkara ini boleh dianggap satu kerugian sekiranya tidak merebut peluang untuk mencarum menerusi skim terbabit kerana banyak kelebihan bagi melindungi golongan wanita dengan kadar bayaran RM120 setahun," katanya selepas menyampaikan kotak Perkeso Prihatin dan bayaran faedah SKSSR kepada Ahmad Zikri Ariffin, 38, di Jalan Bayam, di sini semalam.

Wanita berumur 54 tahun ke bawah layak mencarum SKSSR termasuk yang bekerja dengan faedah bakal diperoleh seperti perubatan, hilang upaya kekal, elaun keuzuran, kemudahan jasmani dan dialisis serta faedah pengurusan jenazah dan pencen penakat sekiranya berlaku kematian.

Sementara itu, Ahmad Zikri ketika ditemui mengakui terkejut apabila menerima faedah daripada SKSSR selepas isterinya Allahyarhamah Wan Mastura Hassan, 33, mula mencarum pada 2023 tanpa pengetahuannya.

Katanya, beliau terkejut apabila dihubungi SKSSR berhubung faedah yang bakal diperolehi selepas kematian isterinya.



"Arwah isteri meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru selepas demam berpanjangan November 2024. 

"Saya akan terima faedah ini sehingga  mencapai umur 55 tahun mahupun sehingga ketiga-tiga anak saya yang berumur lapan hingga 13 tahun mencapai umur 21 tahun" ujarnya.

Beliau mengakui sumbangan yang diperolehi setiap bulan itu dapat membantunya dan anak-anak untuk perbelanjaan persekolahan, susu dan lampin pakai buang untuk anak bongsunya berusia lapan bulan.

"Saya ucap terima kasih kepada PERKESO diatas penyampaian skim berkenaan," katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook