Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK BENTUK GENERASI SOLEH
utama

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK BENTUK GENERASI SOLEH

Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 24 Februari – Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan penting dalam membentuk generasi soleh, berakhlak mulia dan menjadi aset berharga bagi ibu bapa di dunia dan akhirat.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Rohani Ibrahim berkata pengasuh dan pendidik di taska dan tadika memikul amanah besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak melalui bimbingan yang penuh kasih sayang serta berteraskan nilai-nilai murni.

"Sebagai pengasuh dan pembimbing, kita memikul amanah besar dalam membentuk peribadi kanak-kanak. Menjadi contoh teladan (qudwah hasanah) adalah kunci utama dalam mendidik mereka dengan kasih sayang dan nilai-nilai murni," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Program Team Building anjuran Persatuan Pengusaha Taska dan Tadika Swasta Negeri Kelantan (PTSK) dengan kerjasama Urus setia Kebajikan, Pembanguan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) di Dewan Misai Kucing FAMA RTC Tunjong pada Ahad.

YB Rohani mengiktiraf program yang melibatkan 178 peserta itu sebagai platform penting dalam memperkukuh hubungan serta meningkatkan kemahiran pendidik dalam mendidik anak-anak dengan lebih efektif.

“Program Team Building ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini, sekali gus memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik dalam suasana yang kondusif dan harmoni,” jelasnya.

Beliau turut menyeru pihak pengurusan taska dan tadika agar terus menyemai idea-idea kreatif dan inovatif bagi menarik minat kanak-kanak dalam pembelajaran, menjadikannya lebih interaktif dan berkesan.

"Terima kasih kepada semua pembimbing dan pengasuh taska dan tadika di Kelantan atas dedikasi kalian dalam mendidik anak-anak. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT," tambahnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook