Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Pinjam RM400 terpaksa bayar RM30,000

Pinjam RM400 terpaksa bayar RM30,000



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Orang ramai diingat tidak terjerat dengan pinjaman ceti haram atau along bagi mengelak  terpaksa menanggung hutang meningkat puluhan ribu.

Adun Salor Saizol Ismail berkata, terdapat sebilangan masyarakat yang terjebak dengan gejala sedemikian termasuk di Dun tersebut.

Menurutnya, kegiatan along yang menawarkan pinjaman mudah sebenarnya membawa kesan buruk kepada peminjam.

“Sindiket along kini semakin licik di mana beroperasi di sebalik perniagaan seperti kedai top-up telefon dan gudang yang disewa khusus untuk tujuan itu.

"Kegiatan tersebut sudah lama berlaku, malah tahun lepas ada kes dalam kalangan orang kita pinjam hanya RM400 namun menanggung hutang sehingga RM30,000,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Terdahulu beliau menziarahi Penghulu Mukim Padang Sakar, Mohd Kaswady Yusoff.



Oleh itu beliau mengajak masyarakat tidak terjebak hutang wang dengan along yang membebankan.

"Kita pesan kepada tok imam, pemimpin masyarakat supaya mengingatkan anak mukim dan jemaah tentang bahaya hutang dengan along," katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook