Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PROJEK MADINAH RAMADAN PERKUKUH IDENTITI PERBANDARAN ISLAM
utama

PROJEK MADINAH RAMADAN PERKUKUH IDENTITI PERBANDARAN ISLAM

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 10 Februari  — Projek Madinah Ramadan salah satu komponen utama dalam pembangunan Bandar Baru Tunjong  yang memperkukuh identiti perbandaran Islam di Kelantan.

Pembangunan di Tunjong merupakan agenda utama kerajaan negeri yang merangkumi dua bandar utama; Madinah As-Salam dan Madinah Ramadan.

Madinah Ramadan adalah sebahagian daripada projek mega yang dibangunkan menerusi Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Baru Tunjong 2035, melibatkan kawasan seluas 1,779.8 hektar yang bakal  memperkukuh agenda perbandaran Islamik di Kelantan.

Ia berpotensi  mewujudkan ekosistem ekonomi berasaskan syariah yang mampan, menarik lebih banyak pelaburan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud

Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud menyatakan bahawa projek tersebut merupakan kesinambungan usaha memperkasa pembangunan berteraskan Islam yang diilhamkan oleh mantan Menteri Besar YB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Dato’ Mohd Nassuruddin  memaklumkan bahawa Madinah Ramadan ialah pusat ibadah dan ilmu al-Quran serta simbol penyatuan ummah serta destinasi pelancongan baharu di negeri ini.

"Projek ini bakal menyumbang secara signifikan kepada pembangunan Bandar Baru Tunjong menerusi Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Baru Tunjong 2035 yang telah bermula sejak tahun 2022.

“Ia turut diumumkan sebagai salah satu inisiatif utama dalam Belanjawan Negeri Kelantan 2025 sebagai bukti komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan perbandaran moden dan mesra ibadah kepada rakyat," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Projek Madinah Ramadan Bil. 1/2025  di Mabna, pada Ahad.

Exco Pembangunan Islam, Penerangan, Dakwah dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud

Sementara itu, Exco Pembangunan Islam, Penerangan, Dakwah dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud menjelaskan bahawa pembangunan sekitar Tunjong melibatkan pelbagai institusi Islamik, termasuk masjid, pusat mushaf al-Quran serta kompleks pejabat hal ehwal Islam.

"Setelah siap sepenuhnya, kawasan ini bakal menjadi mercu tanda utama Kelantan. Pembinaan masjid dengan kapasiti hampir 6,000 jemaah, Pusat Mushaf Al-Quran & Manuskrip serta penempatan pejabat hal ehwal Islam akan menjadi keistimewaan projek ini," catatnya di laman sosial, semalam.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook