Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PROJEK SOLAR DTU: BERMANFAAT KEPADA KERAJAAN NEGERI DAN RAKYAT KELANTAN
utama

PROJEK SOLAR DTU: BERMANFAAT KEPADA KERAJAAN NEGERI DAN RAKYAT KELANTAN

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 5 Januari — Projek Solar Danau Tok Uban (DTU), yang telah beroperasi sepenuhnya selepas mencapai Tarikh Operasi Komersial (COD) bagi baki 30MWac di DTU1 pada 31 Januari lalu, bersama loji kembarnya, DTU2 dengan kapasiti 30MWac yang mencapai COD pada 7 Januari, berpotensi memberi manfaat besar kepada kerajaan negeri dan rakyat Kelantan.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan YB Mejar (B) Dato' Md Anizam Ab Rahman berkata projek berimpak tinggi hasil kerjasama Kelantan Utilities Mubaarakan (KUM) dan Cypark Resources Sdn. Bhd. itu menjadi pemangkin baharu dalam memperkukuhkan ekonomi negeri menerusi pelbagai sumber pendapatan khas melalui sumber tenaga boleh diperbaharui.

Menurutnya, projek mega berkenaan sekali gus menyumbang kepada pendapatan langsung kerajaan negeri, malah turut merangsang pembangunan ekonomi setempat secara tidak langsung.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan, YB Mejar (B) Dato' Md Anizam Ab Rahman

“Antara manfaat langsung projek ini ialah kerajaan negeri akan menerima pendapatan baharu melalui sewaan pajakan tanah dalam kawasan tasik yang ditenggelami air.

“Selain itu, bayaran lesen sumber air yang dikenakan oleh Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan (JSANK) juga akan menjana pendapatan melebihi RM240,000 setahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, manfaat langsung lain termasuk bayaran laluan kabel dari Danau Tok Uban ke kabel kuasa elektrik sambungan grid Tenaga Nasional Berhad (TNB) sepanjang 10 kilometer serta cukai taksiran yang dikenakan oleh Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM).

Menurut Dato' Md Anizam lagi, projek Solar DTU turut memberi kesan positif secara tidak langsung, terutamanya dalam merancakkan aktiviti ekonomi dan pelancongan berkonsepkan "Go Green" di sekitar Danau Tok Uban.

“Dahulunya kawasan ini hanyalah kawasan terpencil yang popular untuk aktiviti perikanan darat. Kini, ia menjadi elemen penting dalam tiga bahagian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Danau Tok Uban, iaitu zon solar terapung, zon industri akuakultur dan zon eko-pelancongan,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa projek ini membuka peluang ekonomi baharu kepada penduduk setempat melalui aktiviti perniagaan, perkhidmatan kontrak, dan peluang pekerjaan dalam bidang teknikal.

“Selain memberi kontrak perkhidmatan kepada penduduk kampung, ia juga mewujudkan pekerjaan berasaskan teknikal kepada anak negeri. Bahkan, aktiviti perikanan darat di tasik ini membantu meningkatkan jumlah, saiz, dan spesies ikan air tawar di Danau Tok Uban,” jelasnya.

Projek itu turut meningkatkan kesedaran mengenai kewujudan Danau Tok Uban sebagai lokasi loji janakuasa solar terapung  terbesar di Malaysia.

“Kita yakin, dengan manfaat yang dibawa oleh projek ini, Danau Tok Uban bakal muncul sebagai Zon Industri Akuakultur dan destinasi ekonomi, pelancongan, dan teknologi hijau yang berpotensi tinggi di Kelantan,” tambahnya yang telah mengadakan sesi lawatan kerja ke tapak projek pada 23 April 2024.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook