Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Wanita bekerja malam perlu persekitaran lebih selamat

Wanita bekerja malam perlu persekitaran lebih selamat

 


SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:  Majikan sewajarnya menyediakan persekitaran kerja lebih selamat bagi melindungi pekerja wanita yang bertugas pada waktu malam. 

Selain itu kepekaan dan kepedulian masyarakat juga memainkan peranan penting bagi menjamin keselamatan wanita, yang bukan sahaja tonggak keluarga tetapi turut menjadi aset  pembangunan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Rohani Ibrahim berkata,  wanita yang bekerja sehingga lewat malam diingatkan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini

Katanya beberapa langkah boleh dilakukan iaitu sentiasa memaklumkan lokasi dan pergerakan kepada keluarga atau rakan terdekat.



"Peniaga khususnya dalam kalangan wanita perlu menggunakan pengangkutan yang selamat, serta mengelakkan kawasan sunyi atau individu mencurigakan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

"Apa yang penting mereka  digesa tidak memakai perhiasan berlebihan atau membawa wang tunai dalam jumlah agak banyak," katanya di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian menimpa seorang peniaga yang mati dipercayai dibunuh selepas keluar COD makanan empat hari lepas.



Rohani yang juga Adun Tanjung Mas berkata, kesedaran dan langkah yang diambil bersama masyarakat lebih selamat dan sejahtera dapat dibentuk.

Menurutnya juga individu yang terbabit melakukan jenayah tersebut dianggap gagal menghayati cara hidup Islam dan membelakangkan hukum Allah sewenang-wenangnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook