Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

18 PASUKAN KESELAMATAN KELANTAN TERIMA SUMBANGAN KUIH RAYA
utama

18 PASUKAN KESELAMATAN KELANTAN TERIMA SUMBANGAN KUIH RAYA

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 21 Mac – Sebanyak 18 pasukan keselamatan di Kelantan menerima sumbangan kuih raya sempena sambutan Aidilfitri 1446H/2025M daripada kerajaan negeri sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka menjaga keamanan.

Majlis penyerahan yang berlangsung di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kelantan Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud pada Khamis.

Menurutnya, sumbangan itu sebagai penghormatan kepada anggota keselamatan yang sentiasa berkhidmat tanpa mengenal waktu, terutama ketika umat Islam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

"Pengorbanan mereka dalam memastikan keselamatan rakyat serta keamanan negeri dan negara tidak ternilai harganya. Semoga Allah SWT merahmati dan memberi kekuatan kepada mereka dalam melaksanakan amanah ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Sementara itu, YB Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan menegaskan bahawa kerajaan negeri menghargai dedikasi serta keteguhan anggota keselamatan dalam menjalankan tugas mereka.

"Ketika rakyat bersiap menyambut lebaran bersama keluarga, pasukan keselamatan tetap setia menjalankan amanah, memastikan negeri dan negara kekal aman.

"Pengorbanan ini bukan sahaja mulia di sisi manusia, tetapi juga sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT," katanya menerusi catatan di media sosial pada Khamis.

Tambahnya, semoga segala usaha dan pengorbanan mereka menjadi asbab keberkatan serta dikurniakan kekuatan untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook