Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

ALLAH UJI TANDA ALLAH SAYANG – EXCO AGAMA
utama

ALLAH UJI TANDA ALLAH SAYANG – EXCO AGAMA

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 14 Mac – Seseorang yang diuji dengan pelbagai kekurangan dan kedaifan menandakan dirinya dikasihi oleh Allah SWT.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Mohd Asri Mat Daud berkata individu yang diuji dengan kesusahan seperti kekurangan harta benda, cabaran fizikal dan kemiskinan sebenarnya memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain.

"Mungkin mereka melihat diri mereka serba kekurangan, tetapi hakikatnya, mereka dikasihi oleh Allah SWT.

"Apabila Allah SWT mengasihi seseorang, Dia akan mengujinya dengan ujian luar biasa. Jika seseorang itu reda dan bersyukur, Allah SWT akan mengurniakan kasih sayang-Nya serta memberikan jalan keluar daripada kesulitan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Semarak Ramadan Bersama Keluarga Dhuafa' 1446H/2025M di Dewan Besar Sultan Ismail Petra, Balai Islam Lundang pada Khamis.

Dalam program tersebut, seramai 110 anak yatim dari keluarga dhuafa’ seluruh Kelantan disantuni dan diraikan dalam majlis berbuka puasa.

Mereka turut menerima duit raya sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta dibawa ke pasar raya untuk membeli pakaian raya hasil tajaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

YB Mohd Asri turut berpesan kepada golongan yang diuji agar tidak mudah berputus asa.

"Jangan berputus asa. Kita sebenarnya dalam kalangan yang diberikan keutamaan oleh Allah SWT.

"Insya-Allah, ganjaran syurga menanti sekiranya kita menguruskan ujian ini selari dengan tuntutan agama," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah JAHEAIK Dr. Hasnan Ramli dalam ucapan alu-aluannya berkata, program tersebut merupakan inisiatif tahunan JAHEAIK bagi menyantuni keluarga asnaf sempena Ramadan dan Aidilfitri.

"Setiap tahun, JAHEAIK melaksanakan program seperti ini bagi memberi peluang berbuka puasa dan berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim dari seluruh jajahan di Kelantan," katanya.

Turut hadir, Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Nik Bahrum Nik Abdullah, wakil Dato’ Timbalan Yang Dipertua MAIK Farahwahida Fauzi, Timbalan Pengarah JAHEAIK (Operasi), Norlailawati Mamat, Timbalan Pengarah JAHEAIK (Pengurusan), YM Tengku Kamarudin Tengku Alias, serta pegawai-pegawai agama jajahan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook