Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

DATO' MUMTAZ BERKOMPANG DI STESEN KERETA API SAMBUT PERANTAU PULANG
utama

DATO' MUMTAZ BERKOMPANG DI STESEN KERETA API SAMBUT PERANTAU PULANG

Oleh: Norzana Razaly 

TUMPAT, 30 Mac - Minggu terakhir Ramadan menyaksikan kemeriahan anak Kelantan di perantauan yang mulai pulang ke kampung halaman.

Para pemimpin negeri turut meluangkan masa menyambut kepulangan mereka dengan penuh mesra menerusi agihan juadah iftar.

Salah satu lokasi tumpuan ialah Stesen Kereta Api Wakaf Bharu yang menjadi saksi kehangatan suasana kepulangan perantau pada Sabtu.

Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi, berkata momen seperti itu amat bermakna untuk merapatkan hubungan di antara pemimpin dan rakyat, khususnya mereka yang lama berjauhan demi mencari rezeki di perantauan.

"Alhamdulillah, petang ini (Sabtu) sekitar pukul 3.00 petang, Kak Taz bersama YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yaakob (ADN Pasir Pekan), YB Mohd Haji Rosli Abdullah (ADN Wakaf Bharu) serta isteri dan pasukan berkesempatan menyambut kepulangan perantau di Stesen Kereta api Wakaf Bharu," katanya.

Menurutnya lagi, suasana di stesen dipenuhi dengan kegembiraan dan keharuan apabila anak-anak Kelantan tiba dengan wajah penuh kerinduan untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

"Kita sambut mereka dengan kumpulan kompang menandakan kepulangan mereka amatlah dirai dan dinanti-nantikan.

"Kita hargai kepulangan mereka untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan persaudaraan.

"Senyuman yang terukir serta ucapan salam yang bersilih ganti menggambarkan betapa besarnya erti kepulangan ini setelah sekian lama berjauhan.

"Semoga perjalanan pulang mereka dipermudahkan dan Aidilfitri kali ini membawa kebahagiaan serta keberkatan buat semua," katanya ketika dihubungi, hari ini.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook