Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KEKUATAN JARINGAN ASAS KEJAYAAN USAHAWAN – YB DATO' MD ANIZAM
utama

KEKUATAN JARINGAN ASAS KEJAYAAN USAHAWAN – YB DATO' MD ANIZAM

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 25 Mac – Usahawan tempatan digesa untuk terus memperkukuh jaringan perniagaan masing-masing bagi menjamin daya saing dan kelangsungan industri keusahawanan di Kelantan.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan Kelantan YB Mejar (B) Dato' Md Anizam Ab Rahman menegaskan bahawa jaringan (networking) merupakan elemen penting dalam dunia keusahawanan.

Menurutnya, kejayaan atau kejatuhan sesebuah perniagaan banyak bergantung kepada keupayaan membentuk jaringan yang kukuh dan dinamik, berasaskan kepercayaan.

"Apabila lengkapnya satu kitaran jaringan yang baik dan jujur, insya Allah survival perniagaan tersebut akan stabil.

"Sebaliknya, jika terdapat ketidakjujuran dalam jaringan yang dibentuk, maka keruntuhan akan berlaku sedikit demi sedikit apabila bulatan kitaran itu bertemu pada titik mula dan akhir," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan Kumpulan Usahawan Haraki Kelantan yang berkongsi visi dan misi dalam memperkukuhkan jaringan keusahawanan di seluruh negeri, pada Selasa.

Pertemuan tersebut turut membincangkan strategi memperluaskan rangkaian perniagaan bagi manfaat usahawan tempatan.

Dalam pada itu, beliau turut memuji langkah Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn Bhd. (BTC), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), dalam memperkembangkan strategi perniagaan menerusi olahan elemen 6P.

"Jika dahulu BioTajmeel hanya menekankan empat elemen utama iaitu produk (Product), harga (Price), promosi (Promotion) dan lokasi (Place), kini dua elemen tambahan diperkenalkan iaitu sumber manusia (People) dan persembahan (Presentation).

"Olahan enam elemen ini secara baik dan tepat, insya Allah akan membawa BioTajmeel melangkah lebih jauh. Sebahagian besarnya telah tersedia terutama dari aspek pembangunan produk yang berkualiti.

"Kini, bakat anak-anak muda perlu digembleng sepenuhnya untuk mencapai hasil maksimum. Tahniah dan selamat maju jaya kepada BioTajmeel," jelasnya selepas menerima kunjungan hormat pihak pengurusan BTC di Mabna, hari ini.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook