Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN-ECERDC DALAM FASA AKHIR PROJEK PENGUKUHAN INDUSTRI KAMBING TENUSU
utama

KELANTAN-ECERDC DALAM FASA AKHIR PROJEK PENGUKUHAN INDUSTRI KAMBING TENUSU

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 5 Mac – Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kini berada dalam fasa akhir pelaksanaan projek pengukuhan industri kambing tenusu bagi menjadikan negeri ini sebagai hab utama pengeluaran susu kambing berkualiti tinggi di Malaysia.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, projek strategik tersebut merangkumi pembinaan kilang pemprosesan dan pusat pengumpulan susu kambing di Pasir Puteh dan Ketereh serta penanaman rumput foder berskala besar oleh Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd (KBC).

"Projek ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor penternakan kambing tenusu di Kelantan dan membuka lebih banyak peluang kepada penghasilan produk hiliran berasaskan susu kambing," katanya selepas menghadiri mesyuarat bersama agensi berkaitan di Mabna pada Selasa.

Menurutnya, penyelarasan operasi Goat Milk Collection Centre (GMCC) sedang giat dijalankan dengan kerjasama KBC, ECERDC dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan dan kualiti produk terjamin.

Beliau turut menggesa para penternak tempatan agar memanfaatkan inisiatif ini bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran dan memenuhi permintaan pasaran domestik serta antarabangsa.

"Kilang pemprosesan dan pusat pengumpulan yang dijangka beroperasi pada Julai 2025, kita dapat menjamin kualiti susu kambing selain membuka ruang kepada usahawan tempatan untuk mengembangkan produk hiliran seperti keju, yogurt dan sabun berasaskan susu kambing," ujarnya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau yakin projek berkenaan akan memberi impak positif kepada ekonomi negeri dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan memperkukuh rantaian nilai industri agro makanan.

“Dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri, ECERDC dan agensi berkaitan, Kelantan berpotensi menjadi peneraju utama dalam industri kambing tenusu di Malaysia,” jelasnya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook