Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN SUMBANG BERAS AL-IT'AM DAN KIFALAH KEPADA LEBIH 100 WARGA BUKAN ISLAM DUN KOTA LAMA
utama

KELANTAN SUMBANG BERAS AL-IT'AM DAN KIFALAH KEPADA LEBIH 100 WARGA BUKAN ISLAM DUN KOTA LAMA

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 26 Mac – Kerajaan Negeri Kelantan meneruskan komitmen kebajikan melalui sumbangan beras Skim Al-It’am dan Skim Kifalah kepada lebih 100 warga bukan Islam di Dewan Negeri Kota Lama.

Penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh Pengarah Pusat Khidmat DUN Kota Lama Dato' Sr .Zamri Ismail di Pejabat Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Jalan Kebun Sultan, pada Selasa.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa program kebajikan yang dilaksanakan secara berterusan oleh kerajaan negeri bertujuan membantu rakyat yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

"Kerajaan negeri sentiasa cakna terhadap kebajikan rakyat. Oleh itu, masyarakat digalakkan untuk menyuarakan sebarang permasalahan agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil," katanya.

Beliau turut menyeru penduduk pelbagai kaum di Kota Lama untuk terus memelihara perpaduan dan keharmonian yang sedia terjalin.

"Kami berharap masyarakat di sini mengekalkan hubungan yang baik, saling bertanya khabar serta hidup dalam suasana harmoni tanpa mengira agama dan bangsa," ujarnya.

Sementara itu, Penyelia DUN Kota Lama, Ir Norsyakiman Muhamad, memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan dana bagi manfaat rakyat.

"Bagi mereka yang kehilangan ahli keluarga, Skim Kifalah disediakan untuk meringankan beban kewangan dalam urusan pengurusan jenazah.

"Skim ini terbuka kepada semua rakyat, tanpa mengira status kewangan atau bangsa, dengan syarat berumur 55 tahun ke atas dan berdaftar di bawah skim ini," jelasnya.

Beliau turut menyeru agar masyarakat menyebarkan maklumat mengenai bantuan kerajaan kepada jiran, rakan dan kenalan yang menetap di Kelantan.

Dalam majlis tersebut, seramai 80 penerima mendapat sumbangan beras Skim Al-It’am, yang merupakan program bulanan kerajaan negeri.

Daripada jumlah itu, 50 penerima adalah dari komuniti Tionghua, manakala 30 lagi daripada komuniti India. Selain itu, seramai 23 individu turut menerima bantuan di bawah Skim Kifalah.

Turut hadir, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Lim Guang Seng, dan Setiausaha Majlis Tindakan DUN Kota Lama Nik Hazim Nik Rashid.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook