Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Lagi berita alih sokongan

Lagi berita alih sokongan



Oleh Arus Lebir

KEJAYAAN pembangkang menafikan majoriti dua pertiga BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 mencetus agenda Langkah 16 September 2008. Ketika itu BN di bawah Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) hanya menguasai 140 kerusi parlimen.  


Daripada jumlah tersebut  Umno memenangi 78 kerusi Parlimen, MCA (15 kerusi), MIC (3), Gerakan (2), manakala People’s Progressive Party (PPP) tidak memenangi sebarang kerusi.


Berdasar analisa keputusan tersebut calon-calon Parlimen PPP tewas 100 peratus, Gerakan (80 peratus), MIC (67 peratus),  MCA (62.5 peratus) dan Umno (27.3 peratus). Secara keseluruhannya BN hanya mendapat 51.2 peratus undi majoriti.



Berikutan BN hilang majoriti dua pertiga, Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Anwar Ibrahim mencetus Langkah 16 September. Ahli Parlimen BN cuba dipancing menyertai blok PR. 


Ekoran itu, BN dilapor membawa 'lari' 40 ahli parlimen ke Taiwan kononnya membuat lawatan sambil belajar dalam bidang pertanian. 


Namun, seorang ahli parlimen Umno dari Johor yang menyertai lawatan tersebut dilapor mendakwa ada dihubungi pemimpin PKR supaya tinggalkan BN. 


Bagaimanapun episod Langkah 16 September 2008 gagal. Hanya selepas 12 tahun kemudian, langkah serupa benar-benar menjadi kenyataan. 


Muhyiddin Yassin membawa Ahli Parlimen Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH). Azmin Ali pula belot daripada PKR. Langkah Sheraton pada awal 2020 menumbangkan kerajaan PH. 


Dan adegan serupa kedengaran  seperti mahu berulang semula sekarang. Baru-baru ini 13 Ahli Parlimen BN digeger mahu menarik sokongan terhadap Anwar.  Ia tersebar luas di media sosial.


Tiba-tiba sehari dua ini bekas Perdana Menteri Ismail Sabri dilapor menafikan sekeras-kerasnya menarik diri daripada Kerajaan Madani. Pada kenyataan, Ismail  menyatakan sokongan penuh terhadap kerajaan dan Anwar. 


Kata orang lama, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. 



Apa pun berita penafian pemimpin di negara kita bukan perkara baharu. Ia sudah lama berlaku. Hari-hari nafi, kemudian akhirnya ia muncul di bumi nyata. Banyak dalil yang berlaku sebelum ini. 


Biar pun wakil rakyat diikat dengan Akta Anti Lompat Parti, namun masih ada ahli parlimen mengumumkan sokongan terhadap pihak lawan. Kerusi mereka masih selamat. 


Enam bekas ahli parlimen Bersatu yang menyokong Anwar, masih kekal di Dewan Rakyat sehingga sekarang. 


Kini peluang terbuka untuk 13 ahli parlimen BN menjejaki langkah enam bekas ahli parlimen Bersatu. Persoalannya adakah mereka ada keberanian. Rakyat sedia tunggu aksi mereka.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook