Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MAIK PERUNTUKKAN RM8 JUTA URUS KELAS FARDU AIN MINGGUAN SAUDARA BAHARU
utama

MAIK PERUNTUKKAN RM8 JUTA URUS KELAS FARDU AIN MINGGUAN SAUDARA BAHARU


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media MAIK

KOTA BHARU, 23 Mac – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memperuntukkan RM8 juta setahun daripada wang zakat di bawah asnaf muallaf bagi menguruskan Kelas Fardu Ain Mingguan (KFAM) untuk saudara baharu di negeri ini.

Timbalan Yang Dipertua MAIK Dato' Mohd Anis Hussein berkata, peruntukan tersebut mencerminkan komitmen berterusan MAIK dalam menjaga kebajikan saudara baharu serta memastikan mereka mendapat pendidikan agama yang sistematik.

“Dengan peruntukan sebanyak RM8 juta setahun, MAIK menunjukkan kesungguhan dalam memperjuangkan kebajikan saudara baharu di Kelantan, khususnya dalam aspek pendidikan agama.

"Ini memberi peluang kepada saudara baharu untuk mempelajari ilmu dengan lebih baik dan sempurna, sejajar dengan keperluan semasa,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri dan Berbuka Puasa Bersama Peserta Kursus Fardu Ain Mingguan Saudara Baharu 2025 di Dataran Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu, pada Sabtu.

Dalam majlis tersebut, seramai 132 daripada 475 orang saudara baharu yang aktif mengikuti KFAM menerima sumbangan Aidilfitri berupa wang tunai dan hamper. 

Sumbangan itu disampaikan oleh Dato' Mohd Anis bersama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Dr Hasnan Ramli. Selebihnya akan disalurkan melalui Pegawai Agama jajahan masing-masing.

Menurut Dato' Mohd Anis, sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban kewangan saudara baharu dalam membuat persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba.

Sementara itu, Dr Hasnan dalam ucapan alu-aluannya menegaskan bahawa program ini mencerminkan kebersamaan MAIK dan JAHEAIK dalam menyantuni serta menyokong saudara baharu dalam usaha mereka mendalami Islam.

Mengulas mengenai KFAM, beliau berkata kelas pengajian berkenaan dijalankan di seluruh jajahan setiap Jumaat dan dipantau oleh Pegawai Agama jajahan.

“Dalam usaha melahirkan mualaf yang mantap pegangan Islamnya, persiapan ilmu dan pendidikan perlu menjadi keutamaan.

"Ilmu dan pendidikan merupakan tunjang kepada pembangunan negara yang maju dan cemerlang. Oleh itu, kecemerlangan muallaf juga mestilah berasaskan ilmu, sama ada melalui pendidikan formal atau tidak formal.

"Penyaluran ilmu yang berkesan akan melahirkan mualaf yang berdaya maju serta mampu menjadi contoh kepada masyarakat,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha MAIK Muhammad Rasani Ramli, Pegawai Kanan MAIK serta Pegawai Agama Jajahan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook