Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MAJLIS IFTAR, MAKE COLEK DISAMBUT MERIAH PERANTAU KELANTAN
utama

MAJLIS IFTAR, MAKE COLEK DISAMBUT MERIAH PERANTAU KELANTAN


Oleh: Farhan Fauzai

SHAH ALAM, 9 Mac – Majlis iftar dan Make Colek bersama pemimpin Kerajaan Negeri dan anak perantau sempena Ramadan 1446H berlangsung meriah di IDEAL Convention Centre (IDCC) dengan kehadiran 1,500 perantau Kelantan.

Program tahunan anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (PERAKAN) Malaysia itu dimulakan dengan sesi tadarus al-Quran pimpinan Ahli Dewan Negeri (ADN) Tawang, YB Harun Ismail.

Majlis turut menampilkan beberapa tokoh dari pelbagai latar belakang sebagai wakil kluster masing-masing untuk menyampaikan ucapan.

Antaranya, Imam Kanan Masjid Negara, Al-Fadhil Ustaz Hassan Al-Fadli Abdul Rahman, Pengarah Arjunasukma Mohd Sulhie Jusoh, Presiden Persatuan Ikatan Mahasiswa Darulnaim (NAIM), Muhammad Afiq Azfar Azuan serta Pengerusi MM Mega Maju Global Sdn. Bhd., Dato' Mazlan Mohamad.


Semua mereka menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana menyediakan platform bagi anak Kelantan di perantauan bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin negeri.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud dalam ucapannya, menzahirkan kebanggaaan dan keterujaan dengan sambutan yang luar biasa daripada perantau itu. 

"Program seperti ini sentiasa diadakan bagi mengukuhkan hubungan baik di antara pimpinan negeri dan anak-anak Kelantan di perantauan," katanya.

Beliau turut menyeru hadirin agar melipat ganda amalan kebaikan sepanjang bulan Ramadan serta menjauhi perkara mungkar.


"Ramai dalam kalangan kita yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga kerana melakukan perkara yang membatalkan pahala puasa," ujarnya.

Majlis diteruskan dengan jamuan berbuka puasa, solat Isyak dan solat tarawih berjemaah, sebelum diakhiri dengan sesi make colek bersama perantau.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato' Dr Fadzli Hassan, Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Dr Lukman Abdullah, barisan Exco Kerajaan Negeri Kelantan serta Ahli Dewan Negeri (ADN).
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook