Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

NGO agih 1,000 ayam di 5 DUN

NGO agih 1,000 ayam di 5 DUN



SALMAH MAT HUSAIN

JERTIH: Sebanyak 1,000 ayam diagihkan kepada 1,000 golongan yang memerlukan di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Besut, termasuk DUN Jabi.



Program 'Ayam Untuk Asnaf' yang dijalankan NGO Muszleem Malaysia, dengan kerjasama lima pejabat Adun. 



Pengerusi NGO terbabit Ahmad Fadzli Fauzi berkata, pembahagian itu dibuat pada 1 Ramadan lalu melibatkan DUN Jerteh (600 ekor), DUN Hulu Besut, DUN Jabi, DUN Kota Putera dan DUN Besut masing-masing 100 ekor.



Katanya sumbangan itu diberi kepada golongan asnaf, armalah dan warga emas, dengan setiap keluarga menerima seekor ayam.



"Sebelum ini kami mengagihkan udang kepada penduduk selama tiga tahun berturut-turut pada setiap Ramadan pada kadar harga RM10 kepada setiap penerima.



"Namun kali ini kami memilih ayam bagi memberi lebih kepuasan kepada penerima, khususnya keluarga besar. Program ini bertujuan meringankan beban golongan terbabit," katanya ketika ditemui di Pejabat NGO Muszleem, Kampung Landak, dekat sini kelmarin.




Selain sumbangan ayam katanya, Muszleem turut menyumbang 800 kotak air minuman kepada beberapa masjid termasuk Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu, Masjid An-Naim Sri Cemerlang, Masjid Telipot Kota Bharu, Masjid Mahmudi Bachok, Masjid Ibrahimi Pasir Puteh dan Masjid As-Salam Pengkalan Chepa.



Di samping itu NGO berkenaan mengagihkan pek makanan kepada golongan asnaf setiap hari sebagai juadah berbuka puasa.



"Kami juga membantu peniaga kecil di beberapa kampung termasuk Kampung Landak dan Padang Luas dengan membeli kuih atau lauk-pauk membabitkan kos RM700 sehari, dengan 100 pek makanan pada harga RM7 sebungkus," katanya.



Sementara itu, ADUN Jertih, Dr Mohd Riduan Mat Nor merakam ucapan terima kasih kepada NGO Muszleem kerana mengagihkan sumbangan ayam serta pek juadah berbuka puasa setiap hari.


Menurutnya, sumbangan berkenaan dapat meringankan beban golongan asnaf khususnya di DUN Jerteh.



“Ramadan adalah bulan pengampunan, bulan bersedekah, jadi sangat baik NGO-NGO yang menggerakkan usaha untuk memudahkan pihak lain menderma kepada golongan asnaf atau B40,” katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook