Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PENDUDUK GAZA CEKAL BERPUASA WALAUPUN BANTUAN DISEKAT – NADIR AL-NURI
utama

PENDUDUK GAZA CEKAL BERPUASA WALAUPUN BANTUAN DISEKAT – NADIR AL-NURI

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: FB MPKB-BRI

KOTA BHARU, 5 Mac – Penduduk Palestin di Semenanjung Gaza tetap cekal menjalani ibadah puasa walaupun berdepan sekatan bantuan kemanusiaan oleh rejim Zionis Israel, kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri.

Menurutnya, penduduk Gaza sudah lali dengan kehidupan serba daif setelah berulang kali berdepan konflik dengan Israel.

“Mereka tetap bersemangat menyambut Ramadan dalam keadaan serba kekurangan kerana sudah terbiasa. Selain itu, mereka juga mengalami kesukaran mendapatkan makanan dan keperluan asas akibat sekatan berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Malam Kemenangan Gaza di Madinah Ramadan, Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Selasa.

Program itu turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah dan timbalannya, YB Dato' Abdul Rahman Yunus.

Tambah Nadir, meskipun berdepan rintangan, penduduk Gaza tetap berusaha membangunkan semula kediaman dan perniagaan mereka yang musnah akibat serangan Israel.

“Mereka membersihkan runtuhan dalam keadaan serba kekurangan dan tetap berusaha meneruskan kehidupan, termasuk membina kembali perniagaan mereka,” katanya.

Beliau turut optimis bahawa penduduk Gaza mampu bertahan beberapa bulan dengan bekalan makanan serta barangan yang dihantar menerusi 600 lori sepanjang tempoh gencatan senjata baru-baru ini.

Selain itu, katanya, sesi persekolahan telah kembali beroperasi selepas kerajaan Gaza mengisytiharkan beberapa sekolah selamat digunakan.

“Banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh dunia, termasuk Malaysia, sedang membangunkan sekolah untuk memastikan pendidikan anak-anak Gaza tidak terbantut.

“Kami juga telah membuka sekolah terbesar di Semenanjung Gaza yang menempatkan seramai 3,000 pelajar,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook