Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PTMS, PEMIMPIN SAMBUT PERANTAU  DI PINTU MASUK KELANTAN
utama

PTMS, PEMIMPIN SAMBUT PERANTAU  DI PINTU MASUK KELANTAN

Oleh: Norzana Razaly 

KOTA BHARU, 30 Mac — Penghulu Tanpa Mukim Seranta (PTMS) mewakili Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri (UPKN) bersama petugas Pusat Khidmat DUN (PKD) di jajahan sempadan telah mengadakan program menyambut kepulangan anak perantau Kelantan di lima pintu masuk negeri.

Mereka mengagihkan juadah iftar secara pandu lalu sempena program Welcoming Perantau dengan kerjasama NGO 3rd Force, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Program tersebut melibatkan lima lokasi strategik di jajahan sempadan iaitu Masjid Buloh, Gua Musang, Petronas Jeli, Bukit Yong, Pasir Puteh, Stesen Bas Lembah Sireh, Kota Bharu serta dua lokasi di Tumpat iaitu Stesen Kereta Api Wakaf Bharu dan Stesen Kereta Api Tumpat.

Lima PTMS telah ditugaskan di lima jajahan bagi mengiringi pemimpin masing-masing, termasuk Ahli Dewan Negeri (ADN) Pasir Pekan, YB Dato' Ahmad Yakob, Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato' Mumtaz Md Nawi, ADN Pengkalan Kubor YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat, ADN Wakaf Bharu YB Mohd Rosli Abdullah dan ADN Gaal, YB Mohd Rodzi Jaafar.

Di pintu masuk arah selatan pula, perantau disambut mesra oleh PTMS Parlimen Jeli dan Gua Musang bersama ADN Kuala Balah YB Dato' Abdul Hadi Awang Kechil dan Penyelia DUN Galas Mohd Tarmizi Abd Rahman.

Menurut Penolong Pengarah Kanan (Unit Pentadbiran dan Hubungan Seranta) UPKN Zaharudin Zaid, program tersebut bermula pada Sabtu selepas solat Asar di empat pintu masuk utama ke Kelantan.

"Program yang menonjolkan semangat kebersamaan merai kepulangan perantau ini diteruskan di Stesen Bas Lembah Sireh selepas solat Subuh pagi ini.

"Kemeriahannya bertambah apabila pegawai Pusat Integrasi Antara Kaum Negeri Kelantan (PEKA) turut serta," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program tersebut.

Beliau juga berharap agar para perantau yang masih dalam perjalanan selamat tiba ke destinasi masing-masing.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook