Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

RAKYAT KELANTAN TUNJUKKAN KESEDARAN TINGGI DALAM MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
utama

RAKYAT KELANTAN TUNJUKKAN KESEDARAN TINGGI DALAM MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

Oleh: Asri Hamat 

KOTA BHARU, 30 Mac- Kesedaran tinggi rakyat Kelantan dalam melaksanakan ibadat zakat fitrah jelas terserlah apabila kebanyakan mereka memilih untuk membayar zakat fitrah dengan harga RM21, menyebabkan resit zakat harga tersebut telah habis.

Menurut Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Mohd Asri Mat Daud, beliau dimaklumkan oleh Imam Masjid Jamek al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, bahawa resit zakat fitrah dengan harga RM21 telah habis sejak minggu lalu lagi.

"Imam memaklumkan kepada saya, bukan hanya di masjid tersebut, malah di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) juga resit zakat fitrah berharga RM21 juga telah habis. Hanya tinggal pilihan harga RM8 dan RM14 bagi zakat fitrah untuk seorang pembayar", katanya menerusi satu hantaran di media sosial miliknya pada Sabtu.

Kata YB Mohd Asri lagi, sikap ini membuktikan bahawa rakyat Kelantan mempunyai kesedaran agama yang tinggi, serta ingin melaksanakan kewajipan mereka dengan sebaik mungkin.

"Saya menzahirkan rasa bangga kepada rakyat Kelantan kerana majoritinya telah memilih membayar zakat fitrah dengan harga RM21 berbanding RM14 dan RM8 sehingga resit harga RM21 sudah habis.

"Sikap ini menunjukkan bahawa kesedaran yang tinggi dalam kalangan rakyat Kelantan dalam melaksanakan tuntutan agama dan ibadat kepada kepada Allah SWT. Tahniah, ambo banggo dengan rakyat kito", katanya lagi.

Untuk rekod, MAIK menetapkan kadar zakat fitrah pada tahun ini dalam tiga harga iaitu RM8, RM14 dan RM21 mengikut harga beras yang dimakan. Manakala kadar nisab zakat pada tahun 1446H/2025M adalah RM29,376.00.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook