Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 80 PELAJAR YIK CEMERLANG SPM 2024

80 PELAJAR YIK CEMERLANG SPM 2024

Oleh : Che Maziah Mat


KOTA BHARU, 24 APRIL – Sejumlah 192 orang pelajar di bawah seliaan sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) memperolehi 9A sehingga 12A, dan daripada jumlah tersebut seramai 80 orang pelajar berjaya memperolehi kesemua A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, jumlah keseluruhan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2024 adalah seramai 5, 090 orang terdiri daripada 82 buah sekolah YIK.

“Berdasarkan pencapaian penuh calon mengikut kategori tersebut, hanya 4,963 calon layak mendapat sijil, manakala calon yang mendapat pernyataan pula seramai 114 orang dan ia dilihat menurun berbanding  pada tahun 2023 dengan jumlah 151 calon terlibat. 

Manakala, calon yang gagal dalam semua mata pelajaran pula ialah seramai 13 calon berbanding dengan 35 calon pada tahun 2023,” katanya semasa Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Bagi Sekolah-Sekolah YIK, hari ini.



Tambahnya lagi berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), tiga buah sekolah teratas dengan GPS masing-masing adalah pertamanya Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah (1.68), Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (1.90) dan ketiga adalah Maahad Sains Tok Guru (2.34).

Seterusnya, antara sekolah-sekolah yang terbaik mengikut GPS terdiri daripada Maahad Kawalan seperti Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah (1.68), Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (1.90) dan Maahad Sains Tok Guru (2.34). Bagi Maahad Pilihan pula Maahad Saniah Pasir Puteh (3.75), Maahad Muhammadi Pasir Pekan (3.84) dan Maahad Muhammadi Tumpat (3.94). 

Sementara itu, bagi Maahad Kerajaan pula, Maahad Syamsul Maarif Perempuan, Maahad Al-Sabirin Ayer Lanas dan Maahad Syamsul Maarif Lelaki, masing-masing mencatatkan GPS 4.37, 4.93 dan 5.50.

“Saya mewakili kerajaan negeri Kelantan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar cemerlang ini dan berterima kasih kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam usaha memajukan sistem pendidikan di negeri ini.

Dengan keputusan yang diumumkan ini guru-guru, ibu bapa dan pelajar diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang,” ulasnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook