Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

ANAK PERANTAU DUTA NEGERI KELANTAN
utama

ANAK PERANTAU DUTA NEGERI KELANTAN

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 2 April – Anak-anak Kelantan yang menetap di luar negeri ialah duta negeri yang perlu menampilkan imej terbaik mengenai Kelantan.

Timbalan Menteri Besar YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, kepulangan perantau ke kampung halaman sempena Aidilfitri perlu dimanfaatkan dengan menyebarkan perkara positif tentang negeri asal mereka sebaik kembali ke tempat masing-masing di perantauan.

"Apabila tuan-tuan kembali ke tempat kerja, sama ada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak, pastikan tuan-tuan membawa nilai positif yang mencerminkan yang terbaik dari segi ilmu, akhlak, sahsiah dan segala aspek kehidupan.

"Kita mahu orang luar mengenali Kelantan melalui perkara-perkara yang baik. Oleh itu, tunjukkanlah keindahan negeri kita kerana tuan-tuan adalah duta Kelantan," katanya ketika berucap dalam Majlis Mesra Aidilfitri Pemimpin Kerajaan Negeri Bersama Anak-Anak Kelantan di Perantauan di Dewan Yayasan Islam Kelantan (YIK), Tunjong pada Selasa.

Beliau turut berpesan agar perantau yang pulang beraya di kampung memanfaatkan masa bersama keluarga, khususnya ibu bapa.

"Jika selama ini kita berjauhan, inilah peluang terbaik untuk merapatkan ukhuwah dan menghargai keluarga, terutama kedua-dua ibu bapa," pesannya.

Sementara itu, Speaker Dewan Negeri Kelantan YB Dato' Amar D’Raja Dato' (Dr.) Mohd Amar Abdullah menyifatkan majlis tersebut sebagai platform mengeratkan silaturahim dan memperkukuh hubungan sesama perantau.

Mantan Menteri Besar YB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Ahmad Yakob turut menyokong program kelolaan Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) dengan menyatakan bahawa program tersebut bukan sahaja mempertemukan anak-anak Kelantan di perantauan, bahkan membolehkan mereka berkenalan dengan lebih dekat dengan para pemimpin negeri dan sesama perantau.

"Jika sebelum ini kita bertemu sesama anak Kelantan di Lembah Klang tetapi tidak saling mengenali, malam ini kita berpeluang berkenalan dan merapatkan hubungan," katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook