Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

ISU TANAH ADAT ORANG ASLI: KELANTAN  TETAP PEGANG KEPADA UNDANG-UNDANG
utama

ISU TANAH ADAT ORANG ASLI: KELANTAN TETAP PEGANG KEPADA UNDANG-UNDANG



Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 28 April– Kerajaan Negeri Kelantan menzahirkan pendiriannya untuk terus berpegang kepada undang-undang bertulis dalam pengurusan isu berkaitan "tanah adat" orang asli di negeri ini.

Dalam satu kenyataan rasmi, Pejabat Menteri Besar Kelantan menjelaskan bahawa penggulungan oleh YAB Menteri Besar semasa Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-15 minggu lalu, berhubung isu berkenaan adalah berdasarkan kedudukan rasmi undang-undang dan sistem pentadbiran tanah di Semenanjung Malaysia, khususnya di Kelantan.

Perkara itu berpandukan Kanun Tanah Negara 1965, Akta Orang Asli 1954 serta enakmen-enakmen negeri berkaitan.

"Pendekatan ini konsisten dengan pendirian Kerajaan Negeri sejak sekian lama yang sentiasa bersandarkan kepada peruntukan undang-undang," menurut kenyataan itu, hari ni.

YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud,
Menteri Besar Kelantan

Secara prinsipnya, undang-undang bertulis di Semenanjung Malaysia, termasuk di Kelantan, tidak mengiktiraf konsep "tanah adat" dalam bentuk yang diamalkan di Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak mempunyai undang-undang khusus mengenai tanah Orang Asal atau Peribumi (Native) yang berbeza dengan undang-undang di Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, kerajaan negeri menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat orang asli dengan mengambil langkah mewartakan kawasan penempatan dan kawasan rayau melalui peruntukan perizaban di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Hal berkenaan membolehkan komuniti orang asli menjalankan aktiviti harian tanpa gangguan, sebagaimana dinyatakan dalam ucapan penggulungan YAB Menteri Besar.

"Pendirian ini dibuat berdasarkan undang-undang bertulis yang berkuat kuasa, bukan bersandarkan kepada keputusan litigasi kes tertentu yang masih di peringkat rayuan," jelas kenyataan itu lagi.

Kerajaan negeri turut menegaskan komitmennya untuk menghormati keluhuran undang-undang serta memastikan hak-hak yang diperuntukkan di bawah undang-undang sentiasa terpelihara.

Pada masa sama, dasar pentadbiran tanah negeri akan terus dilaksanakan secara teratur, berlandaskan prinsip undang-undang.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook