Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

JIHAD PERTAHAN BUMI PALESTIN TANGGUNGJAWAB SEMUA UMAT ISLAM - EXCO AGAMA
utama

JIHAD PERTAHAN BUMI PALESTIN TANGGUNGJAWAB SEMUA UMAT ISLAM - EXCO AGAMA



Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 9 April- Jihad mempertahankan bumi Palestin menjadi kewajipan dan tanggungjawab seluruh umat Islam mengikut kemampuan masing-masing, kata Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Mohd Asri Mat Daud.

Menurut beliau, bumi Palestin bukan hanya milik rakyat Palestin, tetapi menjadi milik seluruh umat Islam.

"Jadi apabila ia diceroboh atau diperangi, maka menjadi kewajipan ke atas seluruh umat Islam berjihad untuk mempertahankannya mengikut kemampuan masing-masing sama ada dengan harta, wang ringgit, doa dan lain-lain.

"Pemimpin negara umat Islam, khususnya yang berdekatan dengan bumi Palestin adalah lebih wajib mempertahankannya dengan jihad mengangkat senjata.”

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di laman sosial Facebooknya pada Selasa.

Tambah beliau, fatwa jihad Palestin ini bukan satu perkara baharu, malah pada tahun 1947, ulama sedunia telah mengeluarkan fatwa supaya berjihad dengan senjata demi mempertahankan bumi Palestin.

YB Mohd Asri turut menegaskan bahawa jihad Palestin pada hari ini tidak boleh disamakan dengan pergi berjihad ke negara lain kerana jihad Palestin adalah ikatan akidah yang dinyatakan dalam al-Quran dan Hadith.

"Di samping itu juga, jihad Palestin ini adalah satu tanda kebersamaan umat Islam dengan perjuangan saudara seagama di Palestin yang mana mereka masih diperangi sehingga ke saat ini,” tegasnya.



Terdahulu, YB Mohd Asri menghadiri program Solidariti Palestin sempena usrah Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan di Markaz Pilihanraya Pemuda PAS, di Bandar Baharu Tunjong pada Selasa.

Untuk rekod, bumi Palestin terus diperangi oleh rejim zionis Israel laknatullah melebih satu setengah tahun dan mengalami kemusnahan yang teruk, khususnya bumi Gaza yang hampir 90 peratus musnah angkara kejahatan zionis Israel.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook