Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MB ZIARAH MANGSA KEBAKARAN DI KIJANG, PCB
video

MB ZIARAH MANGSA KEBAKARAN DI KIJANG, PCB


@mb_kelantan Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 29 April 2025 I 01 Zulkaedah 1446H - YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan ke lokasi insiden kebakaran yang memusnahkan lapan buah rumah petang semalam di Kampung Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan. Seramai 31 mangsa daripada lapan keluarga hilang tempat berteduh sekelip mata. Alhamdulillah, tiada kehilangan nyawa berlaku. Walaubagaimanapun kehilangan rumah dan harta benda bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung. YAB Menteri Besar bertemu dengan mangsa, mendengar keluhan mereka dan melihat sendiri kesan kemusnahan yang amat memilukan hati. Sebagai tanda prihatin, sumbangan segera daripada Tabung Serambi Mekah telah disampaikan kepada mangsa. Insya-Allah, bantuan susulan akan diusahakan bagi membantu meringankan beban mereka dan membina kembali kehidupan yang lebih baik. Beliau turut mendoakan agar mereka diberikan kesabaran dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian ini. Semoga Allah menggantikan segala kehilangan dengan ganjaran yang lebih baik. #penghayatanmembangunbersamaislam #menteribesarkelantan #kijang #pcb #kebakaran ♬ original sound - Menteri Besar Kelantan


29 April 2025 I 01 Zulkaedah 1446H - YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan ke lokasi insiden kebakaran yang memusnahkan lapan buah rumah petang semalam di Kampung Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan.

Seramai 31 mangsa daripada lapan keluarga hilang tempat berteduh sekelip mata. Alhamdulillah, tiada kehilangan nyawa berlaku. Walaubagaimanapun kehilangan rumah dan harta benda bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung.

YAB Menteri Besar bertemu dengan mangsa, mendengar keluhan mereka dan melihat sendiri kesan kemusnahan yang amat memilukan hati.

Sebagai tanda prihatin, sumbangan segera daripada Tabung Serambi Mekah telah disampaikan kepada mangsa. Insya-Allah, bantuan susulan akan diusahakan bagi membantu meringankan beban mereka dan membina kembali kehidupan yang lebih baik.

Beliau turut mendoakan agar mereka diberikan kesabaran dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian ini. Semoga Allah menggantikan segala kehilangan dengan ganjaran yang lebih baik.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook