Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN ALU-ALUKAN IDEA, KEPAKARAN ANAK PERANTAU UNTUK BANTU KERAJAAN
utama

KELANTAN ALU-ALUKAN IDEA, KEPAKARAN ANAK PERANTAU UNTUK BANTU KERAJAAN

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Mohd Asri Mat Daud

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 2 April – Kerajaan Negeri Kelantan mengalu-alukan sumbangan idea dan kepakaran anak Kelantan di perantauan dalam pelbagai bidang bagi membantu pembangunan negeri.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud berkata kerajaan negeri amat menghargai segala bentuk sumbangan, termasuk tenaga, idea dan kepakaran daripada anak-anak Kelantan di luar negeri.

"Dalam hal ini, kita mengharapkan kerjasama Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (PERAKAN) untuk mengumpulkan warga Kelantan yang memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang bagi membantu kerajaan negeri.

"Mereka boleh menyumbangkan idea mengikut kepakaran masing-masing. Sebagai contoh, dalam majlis berbuka puasa baru-baru ini, seorang usahawan anak Kelantan telah berkongsi banyak pandangan dan menyatakan kesediaan untuk membantu sekiranya diperlukan oleh kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Mesra Aidilfitri Pemimpin Kerajaan Negeri Bersama Anak Kelantan di Perantauan yang berlangsung di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan (YIK), Tunjong, pada Selasa.

Program tahunan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) itu dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan dan dihadiri ribuan anak Kelantan di perantauan yang pulang berhari raya.

Pelbagai acara menarik turut diadakan sepanjang program, antaranya cabutan bertuah, penyampaian duit raya kepada kanak-kanak, jamuan hari raya serta sesi ramah mesra bersama pemuka negeri.

Dalam ucapannya, YB Mohd Asri turut menyeru hadirin agar mendoakan kesejahteraan mangsa tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

"Kita tidak pasti sama ada terdapat anak Kelantan yang terlibat dalam kejadian itu. Jika ada, mereka boleh memaklumkan kepada Presiden PERAKAN atau kerajaan negeri, walaupun bantuan telah disalurkan oleh kerajaan persekutuan.

"Marilah kita sama-sama berdoa agar semua mangsa, termasuk yang kehilangan tempat tinggal dan yang mengalami kecederaan, diberikan ketabahan serta kesembuhan oleh Allah SWT," katanya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook