Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN SUMBANG RM500,000 KEPADA SELANGOR, SOLIDARITI TERHADAP MANGSA LETUPAN GAS PUTRA HEIGHTS
utama

KELANTAN SUMBANG RM500,000 KEPADA SELANGOR, SOLIDARITI TERHADAP MANGSA LETUPAN GAS PUTRA HEIGHTS


Oleh: Norzana Razaly

SHAH ALAM, 13 April – Kerajaan Negeri Kelantan menzahirkan solidariti terhadap mangsa tragedi letupan gas di Putra Heights dengan menyampaikan sumbangan berjumlah RM500,000 kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud kepada Setiuasaha Kerajaan Negeri Dato' Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, mewakili Menteri Besar Selangor dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, hari ini.

Menurut Dato’ Mohd Nassuruddin, sumbangan tersebut merupakan tanda keprihatinan dan kebersamaan Kerajaan Negeri Kelantan dalam menghadapi dugaan yang menimpa rakyat, khususnya mangsa-mangsa tragedi tersebut, tanpa mengira sempadan negeri.

Katanya, hubungan baik Kelantan dan Selangor telah lama terjalin terutama melibatkan isu-isu kesejahteraan rakyat.

“Sebagai tanda ingatan solidariti sesama kerajaan negeri dan isu rakyat, kita menyalurkan dan sumbangan ini bagi membantu meringankan beban mangsa dan menyokong usaha pemulihan yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor,” ujarnya, ketika dihubungi, hari ini.

Dalam perkembangan yang lain, Kerajaan Negeri Kelantan turut menyampaikan sumbangan kepada tujuh keluarga dalam kalangan warga perantau Kelantan yang terlibat melalui penyampaian cek bernilai RM5,000 serta barangan keperluan kepada setiap keluarga.

Sumbangan itu juga disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan kepada setiap keluarga terbabit sebagai simbolik keprihatinan dan mahabbah Kerajaan Negeri kepada anak-anak perantau yang ditimpa musibah.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook