Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN YAKIN KERAJAAN PERSEKUTUAN PERTIMBANG CADANGAN PEMBANGUNAN NEGERI
utama

KELANTAN YAKIN KERAJAAN PERSEKUTUAN PERTIMBANG CADANGAN PEMBANGUNAN NEGERI



Oleh: Norzana Razaly

BACHOK, 13 April – Kerajaan Kelantan yakin beberapa cadangan pembangunan utama yang dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan akan mendapat pertimbangan sewajarnya demi kesejahteraan rakyat, berlandaskan semangat federalisme.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, cadangan berkenaan telah disampaikan sendiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Alhamdulillah, beberapa cadangan projek yang menjadi keutamaan Kerajaan Kelantan sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri. Saya percaya ia akan diberi pertimbangan yang adil," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI peringkat negeri Kelantan di Pantai Irama, semalam.

Menurutnya, hubungan baik di antara kerajaan negeri dan persekutuan amat penting dalam memastikan agenda pembangunan rakyat dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan harmoni.

"Dalam hal pentadbiran, kita menjunjung tinggi semangat federalisme yang matang. Negeri dan persekutuan tidak hadir untuk saling bersaing, sebaliknya harus bergerak seiring menjayakan agenda rakyat," ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri terus komited menggerakkan pelan strategik Penghayatan Membangun Bersama Islam dengan memelihara perpaduan serta keharmonian rakyat sambil memperkukuh hubungan dengan Kerajaan Persekutuan.

"Keamanan dan keharmonian yang terbina dalam negara hendaklah terus dijaga dan diperkukuhkan." tegasnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook