Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Kesan awal penyakit glaukoma
utama

Kesan awal penyakit glaukoma



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan diharap mempunyai kesedaran untuk mengesan penyakit glaukoma sekiranya mata berada dalam keadaan tidak selesa atau sakit.


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, langkah itu sekali gus dapat mencegah daripada menjadi buta.


Katanya Kelantan merekodkan 4,069 kes membabitkan penyakit glaukoma pada tahun lalu.


"Daripada jumlah itu 3,767 kes dilaporkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, manakala 302 kes pula di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.



"JKNK mempunyai dua doktor pakar glaukoma yang mengendalikan pesakit di HRPZ II dan HSIP.


"Pada tahun lalu, lebih 4,000 pesakit menerima rawatan di klinik glaukoma dan 101 pembedahan berjaya dijalankan di hospital berkenaan," katanya pada Sambutan Minggu Glaukoma Sedunia Peringkat Negeri bagi tahun 2025 di Kompleks Belia dan Sukan, Panji semalam. 


Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah.


Dr Zaini berkata, pemeriksaan mata secara berkala sangat penting dalam pencegahan dan pengesanan awal penyakit tersebut sekurang-kurangnya sekali setahun.




"Kita juga perlu memastikan masyarakat mendapat akses kepada maklumat yang tepat mengenai simptom-simptom glaukoma dan rawatannya," katanya.


Sementara itu, Hilmi berkata, glaukoma merupakan punca kedua kebutaan di dunia dan menyumbang kira-kira 6.6 peratus kes kebutaan di Malaysia.


Katanya, program tersebut penting untuk menyebarkan maklumat tentang kepentingan pengesanan awal dan pencegahan glaukoma dalam kalangan masyarakat.


“Dengan adanya Minggu Glaukoma Sedunia kita dapat memberi perhatian yang lebih serius terhadap kepentingan pemeriksaan mata secara berkala bagi semua individu, terutamanya mereka yang berisiko tinggi," ujarnya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook