Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LAPAN KELUARGA MANGSA KEBAKARAN TERIMA SUMBANGAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI
utama

LAPAN KELUARGA MANGSA KEBAKARAN TERIMA SUMBANGAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI


Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 30 April- Seramai lapan keluarga mangsa kebakaran di Kampung Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) menerima sumbangan segera daripada kerajaan negeri melalui Tabung Serambi Mekah.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Besar YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud semasa menziarahi mangsa di tempat kejadian pada Selasa.

Dato' Mohd Nassuruddin berkata, bantuan susulan akan diusahakan untuk meringankan beban mangsa.

"Buat masa ini sumbangan segera daripada Tabung Serambi Mekah telah disampaikan kepada mangsa. In syaa Allah bantuan susulan akan diusahakan bagi membantu meringankan beban mereka dan membina kembali kehidupan yang lebih baik.


"Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku, namun kehilangan rumah dan harta benda bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung.

"Saya doakan mereka diberi kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian ini dan dan digantikan segala kehilangan dengan ganjaran yang lebih baik," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial miliknya pada Selasa.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kijang yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan YB Dato' Dr. Izani Husin turut merakam ucapan takziah dan simpati kepada semua mangsa yang terjejas dalam kejadian tersebut.

Beliau turut mengajak semua pihak untuk sama-sama membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa dan keluarga mereka.


"Insya Allah pihak kami juga akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kebajikan keluarga mangsa terpelihara.

"Untuk itu, pihak kami membuka satu tabung untuk semua pihak menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa kebakaran tersebut," katanya juga menerusi catatan di media sosial, semalam.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Tabung Amal DUN Kijang (BANK Islam), nombor akaun 0303 6010 0323 44 dengan rujukan "kebakaran".

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-5230438 (Marian) dan 017-4840546 (Rohana).

Dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada pukul 5.30 petang akhir Syawal itu, sebanyak lapan buah rumah musnah dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook