Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MUKTAMADKAN SEGERA GARIS PANDUAN PENGLIBATAN ORANG ISLAM DALAM PERAYAAN AGAMA LAIN – EXCO AGAMA
utama

MUKTAMADKAN SEGERA GARIS PANDUAN PENGLIBATAN ORANG ISLAM DALAM PERAYAAN AGAMA LAIN – EXCO AGAMA

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, YB Mohd Asri Mat Daud

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 23 April- Kerajaan Negeri Kelantan mengesyorkan supaya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) segera memuktamadkan garis panduan penglibatan orang Islam dalam perayaan agama selain Islam.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Mohd Asri Mat Daud berkata, memuktamadkan garis panduan tersebut amat penting dan bukan perkara kecil.

"Di peringkat kerajaan Negeri Kelantan, sekiranya ada cadangan pembaikan, insya-Allah ia akan ditelitikan dan bersedia untuk memperbaharui apa-apa yang berkaitan dengan garis panduan ini."

Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan perbahasan titah ucapan perasmian Pembukaan Persidangan Kali Yang Pertama Dewan Negeri Kelantan Yang Ketiga, Dewan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas, hari ini.

Mengulas mengenai penglibatan orang Islam dan bukan Islam dalam upacara perasmian keagamaan, YB Mohd Asri menjelaskan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa orang bukan Islam hendaklah ditegah dan tidak dibenarkan melibatkan diri dalam urusan keagamaan Islam seperti merasmikan pembukaan rumah ibadah orang Islam dan sebagainya yang berkaitan dengan agama Islam.

"Bagi pembesar-pembesar Islam pula, mereka tidak boleh merasmikan pembukaan rumah ibadah bukan Islam kecuali jika difikirkan tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permasalahan kaum tetapi dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat mereka," jelasnya.

Menurutnya lagi, berdasarkan keputusan fatwa tersebut, pihak berkuasa agama negeri disyorkan supaya memberi nasihat kepada mana-mana penganjur supaya tidak melibatkan orang Islam dalam merasmikan upacara keagamaan Islam dan begitulah sebaliknya.

Ujar beliau lagi, JAKIM melalui Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-68 yang bersidang pada 12 April 2025 telah menyatakan bahawa majlis yang hendak dihadiri tersebut tidak menjejaskan akidah Islam, tidak bertentangan dengan hukum syarak, tidak bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam serta tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

"Oleh itu pihak penganjur dan orang ramai hendaklah mendapat pandangan dari pihak berkuasa agama sebelum menganjurkan atau menghadiri majlis perayaan agama selain Islam," ujarnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook