Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

2,291 BAKAL HAJI DARI KELANTAN DIPESAN BERSABAR, BERTOLAK ANSUR HARUNGI CABARAN DI TANAH SUCI
utama

2,291 BAKAL HAJI DARI KELANTAN DIPESAN BERSABAR, BERTOLAK ANSUR HARUNGI CABARAN DI TANAH SUCI

YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud,
Menteri Besar Kelantan

Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 7 Mei – Seramai 2,291 bakal jemaah haji dari Kelantan terpilih menyahut seruan rukun Islam kelima bagi musim haji 1446H/2025M.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud menitipkan beberapa nasihat penting kepada para jemaah agar banyak bersabar, berlapang dada dan saling bertolak ansur sepanjang mengharungi cabaran perjalanan serta urusan ibadah di tanah cuci.

“Ibadah haji menuntut kekuatan rohani dan jasmani. Dalam suasana himpunan umat sejagat, semangat kesatuan ummah perlu sentiasa dihayati. Perbanyakkan doa memohon keampunan, keselamatan dan rahmat Ilahi sepanjang berada di tanah barakah,” katanya dalam Majlis Penyempurnaan Keberangkatan Jemaah Haji Kelantan di Kompleks Dewan Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, pada Selasa.


Dalam majlis tersebut, seramai 142 jemaah dari negeri ini diraikan sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, semalam.

Dato’ Mohd Nassuruddin turut mendoakan agar seluruh urusan jemaah Kelantan dipermudahkan dan dikurniakan haji yang mabrur, serta pulang ke tanah air dalam keadaan selamat dan diberkati.

Turut hadir menyantuni jemaah dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Fazharudean Tengku Feissal dan Exco Pembangunan Islam, Penerangan, Dakwah dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Md Daud.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook