Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Bala berganda landa bumi dijajah zionis Israel

Bala berganda landa bumi dijajah zionis Israel



Dr Zulkeflee Yaacob

ISRAEL dilanda ribut pasir terburuk dalam rekod sejarah negara itu yang berlaku di beberapa wilayah selatan khususnya di Gurun Negev dan bandar Beersheba. 


Cuaca ekstrem menjejaskan kawasan tengah dan sejumlah penduduk  dievakuasi terutama di perbukitan Jerusalem termasuk kota Neve Shalom, Mevo Horon dan Eshtaol yang sedang dibadai kebakaran hutan dengan api turut merebak ke pangkalan tentera Israel.


Ketika kebakaran belum reda, Israel diterjah ribut pasir yang bergulung pasir dan debu menutup awan menjadikan pemandangan gelap dan menyedut segala benda di laluannya.



Ia mengubah siang menjadi malam suatu kejadian alam yang paling menakutkan.


Biar pun ia dianggap sebagai suatu fenomena meteorologi biasa di kawasan padang pasir, terutama di Gurun Sahara yang gersang namun keadaan yang berlaku begitu menakutkan. 


Ia terjadi apabila angin kuat bertiup menerbangkan pasir dan kotoran dari permukaan luas dan kering seperti di Aftika Utara dan Semenanjung Arab, Iran, Pakistan, India dan China.


Ribut pasir dan debu kerap berlaku di sesetengah tempat di dunia dan satu perempat daripada ribut yang berlaku berpunca daripada perbuatan manusia, seperti dilapor media Xinhua sebagai memetik perbahasan di Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Menangani Penggurunan (UNCCD).


Malah Beijing yang dilanda ribut pasir terburuk dalam tempoh satu dekad mengakibatkan tahap penglihatan di ibu negara China itu merosot teruk. 


Lalu lintas sesak teruk termasuk ratusan penerbangan utama Beijing dibatalkan. Ia menjadi lebih buruk apabila angin kencang bertiup dari Padang Pasir Gobi dan bahagian barat Laut China yang sering berlaku pada Mac hingga April.


Namun, fenomena ribut pasir yang dilaporkan media The Jerusalem Post, dan USMuslims.com menggambarkan  ruang udara Israel diselubungi debu, habuk dan puing ribut pasir  mengehadkan jarak penglihatan dan suhu tinggi serta angin kencang  menyulitkan operasi pemadaman kebakaran.


Situasi tersebut mencetuskan keadaan darurat di seluruh Israel sehingga membatalkan sambutan Hari Kemerdekaan dan majlis menyalakan obor tradisional pada peristiwa Nakbah Palestine.



Pihak berkuasa termasuk pasukan bomba dan tentera digerakkan untuk menangani situasi yang kian meruncing. Mereka akhirnya menagih bantuan antarabangsa dari Yunani, Cyprus, Itali, Croatia dan Bulgaria. 


Namun Greece, Cyprus dilapor enggan menghantar pesawat pemadam kebakaran hutan besar yang sedang marak di berhampiran Baitulmaqdis.


Ribut pasir dan kebakaran yang melanda bumi dijajah Zionis Yahudi menjelaskan terdapat kuasa yang jauh lebih besar iaitu pencipta manusia dan segala yang ada di langit dan bumi.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook