Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

BIOK, EDH 2025 BERJAYA TARIK 8000 PENGUNJUNG
utama

BIOK, EDH 2025 BERJAYA TARIK 8000 PENGUNJUNG


Oleh: Norzana Razaly

PASIR PUTIH, 31 Mei – Karnival Bio Kelantan (BioK) & Ekspo Dapur Hijau (EDH) 2025 berjaya menarik 8,000 pengunjung melalui pengisian ilmiah, inovatif dan mesra komuniti.

Program selama tiga hari dua malam yang berlangsung di Rhu Rehlah Pantai Bisikan Bayu itu menghimpun 26 jabatan dan agensi pusat serta negeri yang mengadakan pameran inovasi, teknologi, produk dan perkhidmatan bio.

Disokong oleh 37 syarikat dan usahawan bio terlibat dalam promosi jualan produk serta perkhidmatan bioteknologi, sekali gus menunjukkan peningkatan sekali kali ganda penyertaan berbanding tahun sebelumnya.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata daya saing dan minat mendalam usahawan tempatan menjadi petunjuk kukuh kepada perkembangan positif industri bio di Kelantan.


"Pengisian program turut merangkumi Seminar Bioekonomi Kelantan 2025, bengkel bio kesihatan, forum bioindustri serta tujuh siri demonstrasi bio tani termasuk pertanian organik, AI dalam penternakan, masakan ikan dan pembuatan silaj.

"Program SciensationBio kelolaan Bioeconomy Corporation berjaya menarik perhatian pelajar dan kanak-kanak menerusi eksperimen sains dan bio yang menyeronokkan. Inisiatif ini dapat menyemai minat awal dalam kalangan generasi muda terhadap bidang sains dan bioteknologi," katanya dalam majlis perasmian penutup program, hari ini.

"Sebanyak 10 parlimen menyertai Ekspo Dapur Hijau yang menampilkan hasil tanaman pertanian bandar dan organik. Inisiatif ini bukan sahaja mempromosi konsep pertanian lestari malah mencatat hasil jualan yang menggalakkan, dengan beberapa parlimen meraih lebih RM8,000 sepanjang ekspo.

Karnival tersebut turut menyaksikan pelbagai pertandingan seperti Fun Run Kelulut, pertandingan mewarna, swafoto bio, video TikTok “Kebun Saya”, pertandingan inovasi bio peringkat IPT dan sekolah serta Anugerah Tokoh Usahawan Bio Kelantan 2025 oleh MARDI.

Lebih menarik, Bio Career Fair buat julung kalinya dianjurkan dengan sesi temuduga terbuka oleh empat syarikat tempatan.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook