Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

HOTEL RENAI TERIMA ANUGERAH KEEMPAT MBOR, BUKTI KUASA BELI RAKYAT KELANTAN TERHADAP PERKHIDMATAN HOSPITALITI
utama

HOTEL RENAI TERIMA ANUGERAH KEEMPAT MBOR, BUKTI KUASA BELI RAKYAT KELANTAN TERHADAP PERKHIDMATAN HOSPITALITI


Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 7 Mei – Keupayaan rakyat Kelantan menikmati perkhidmatan hospitaliti bertaraf lima bintang sekali lagi terserlah apabila Hotel Renai Kota Bharu menerima pengiktirafan keempat daripada Malaysia Book of Records (MBOR), menandakan bukan sekadar prestij, tetapi kekuatan permintaan domestik terhadap sektor hospitaliti premium di negeri ini.

Anugerah terkini, Most Event Halls in a Hotel, diberikan kepada hotel ikonik itu atas kejayaan menyediakan 29 buah dewan acara di bawah satu bumbung merupakan suatu pencapaian yang bukan sahaja mencerminkan keupayaan pengurusan hotel, tetapi juga kehendak pasaran yang semakin matang dan berkemampuan.

Tiga anugerah MBOR lain yang diraih oleh Hotel Renai pada Ramadan lalu adalah pertama, Largest Iftar Gathering in a Hotel – seramai 1,150 tetamu berkumpul dalam satu malam simbolik kebersamaan, dengan lebih 20,000 pelanggan menikmati juadah berbuka sepanjang bulan mulia itu.

Kedua, Most Dishes Served at a Hotel Ramadan Buffet – sajian sehingga 252 jenis makanan disediakan setiap hari. Manakala ketiga, Longest Indoor Street Food Stalls in a Hotel – lorong sajian sepanjang 200 meter menghimpunkan cita rasa, budaya dan keriangan dalam suasana tertutup.

YB Hilmi Abdullah,
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Hilmi Abdullah berkata, pencapaian tersebut bukan sekadar angka, sebaliknya menggambarkan permintaan tinggi dalam kalangan rakyat Kelantan terhadap layanan hospitaliti yang selesa, eksklusif dan bertaraf antarabangsa.

“Kita dapat lihat bahawa rakyat Kelantan kini memiliki kuasa beli yang signifikan. Mereka bukan sahaja memilih perkhidmatan perhotelan untuk tujuan penginapan, malah untuk majlis perkahwinan, seminar, pelancaran produk, bengkel profesional dan pelbagai acara rasmi dan kekeluargaan.

“Perkhidmatan hotel, rumah penginapan dan inap desa (homestay) dijangka berkembang pesat mulai 2026, seiring siapnya projek mega seperti ECRL, Lebuhraya KB-KK, Central Spine Road (CSR) dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ke taraf antarabangsa serta pembangunan di bandar-bandar sempadan,” katanya semasa majlis penyampaian plak MBOR di hotel berkenaan pada Selasa.

YB Hilmi turut memaklumkan bahawa Kelantan merekodkan 16,094 perjalanan penerbangan keluar dan masuk dengan membawa seramai 1.47 juta penumpang sepanjang tahun 2024. Selain itu, 21 syarikat bas ekspres mencatatkan 19,620 perjalanan melibatkan lebih 588,000 penumpang. Angka yang mencerminkan peningkatan ketara mobiliti masuk ke negeri ini.


"Kadar tempahan bilik hotel juga meningkat kepada 80 peratus, dipacu kempen Tahun Melawat Kelantan 2024 yang membawa limpahan pelawat domestik dan antarabangsa, sekali gus menggiatkan ekonomi perhotelan dan pelancongan tempatan," jelasnya.

Hotel Renai turut memanfaatkan peluang ini dengan menyempurnakan kerja-kerja naik taraf serta pengubahsuaian ruang, termasuk pengambilalihan sebahagian besar kompleks Billion bersebelahan untuk dijadikan sayap tambahan kepada fasiliti mereka.

Kini, hotel tersebut menawarkan pelbagai jenis dewan yang memenuhi pelbagai keperluan merangkumi Grand Ballroom yang mampu menempatkan 2,000 tetamu dalam satu masa, ke ruang eksklusif untuk Majlis Diraja, Dewan Kahwin, Seminar, Lounge Korporat, Bilik Mesyuarat, hingga ke studio bengkel kecil bagi perbincangan tertutup seperti Focus Group Discussion (FGD).

“Tahniah kepada Hotel Renai atas kejayaan yang membanggakan ini. Pengiktirafan yang diterima bukan sekadar mencerminkan pencapaian korporat, tetapi juga menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi Kelantan melalui hospitaliti berprestij tinggi,” kata YB Hilmi mengakhiri ucapannya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook