Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KAMBING BOER DAN KALAHARI KELANTAN TARIK MINAT PESERTA THAILAND
utama

KAMBING BOER DAN KALAHARI KELANTAN TARIK MINAT PESERTA THAILAND


Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM , 4 Mei- Pertandingan Seni dan Pameran Kambing Baka Boer dan Kalahari Peringkat Negeri Kelantan 2025 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pantai Sri Tujuh Tumpat, berjaya menarik minat bukan sahaja penternak tempatan, malah peserta dari Thailand.

Program anjuran Persatuan Penternak Kambing Baka Kalahari dan Boer Kelantan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan serta Majlis Daerah Tumpat (MDT), itu menghimpunkan lebih 100 ekor kambing baka premium dari seluruh negara termasuk Johor, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah dan Thailand.

Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi, YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, sebanyak 13 kategori dipertandingkan dalam acara yang menampilkan kambing baka unggul Boer dan Kalahari yang dikenali sebagai sumber daging merah berkualiti tinggi.

"Program ini turut menyediakan platform pendedahan kepada ciri-ciri baka tahan lasak, mudah dijaga serta bernilai tinggi di pasaran, sekali gus menonjolkan potensi besar dalam industri penternakan kambing negara," katanya menerusi satu hantaran di media sosial miliknya pada Sabtu.


Menurut beliau lagi, program ini merupakan sebahagian daripada usaha strategik untuk menarik minat golongan belia dalam bidang penternakan, di samping memperkukuh amalan penternakan berasaskan ilmu.

"Insya Allah dengan program ini akan dapat meningkatan potensi ekonomi negeri melalui penternakan, serta menjadi antara pengisian utama menjelang sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan yang dirancang berlangsung sekitar Ogos nanti, "ujarnya.

Terdahulu, YB Dato' Tuan Mohd Saripudin menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Seni dan Pameran Kambing Baka Boer dan Kalahari, peringkat Negeri Kelantan 2025, di Pantai Sri Tujuh, Tumpat pada Sabtu.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook