Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KDN FC jadi pencabar utama liga bola sepak Malaysia

KDN FC jadi pencabar utama liga bola sepak Malaysia



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) beriltizam untuk terus memperkukuhkan pasukan terutamanya aspek teknikal dan pengurusan bagi musim 2025/2026.


Presidennya, Rozi Muhamad berkata,  penstrukturan semula skuad utama dengan gabungan pemain berpengalaman dan bakat muda.


Katanya usaha itu dilakukan bagi menarik lebih banyak kerjasama rakan strategik dengan penaja baru serta memperkukuhkan hubungan bersama penaja sedia ada.


"Kami percaya dengan kerjasama erat antara semua pihak, musim akan datang bakal menyaksikan kebangkitan lebih mantap KDN FC selari dengan impian untuk mengangkat bola sepak Kelantan ke tahap lebih tinggi," katanya.


Beliau berkata demikian pada program Appreciation Dinner Kelantan Darul Naim FC di sebuah hotel di sini malam tadi.


Pada program tersebut Rozi mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDN FC Datuk Mohd Irwan Rizal Ali Napiah.


Kata beliau pelantikan itu menandakan permulaan era baharu pengurusan bola sepak negeri di bawah naungan KDN FC bagi mengangkat semula martabat pasukan dan membawa harapan kepada penyokong setia.


"Saya melahirkan kepercayacaan pengalaman yang dimiliki Datuk Irwan dalam bidang korporat mampu mengangkat kembali martabat pasukan termasuk pembangunan jangka panjang.


“Datuk Irwan merupakan seorang tokoh profesional berpengalaman dalam bidang korporat dan pengurusan sukan, termasuk terlibat dalam beberapa inisiatif pembangunan sukan di peringkat negeri,” tambahnya.


Menurutnya dengan latar belakang kepimpinan strategik diyakini CEO baharu mampu memperkukuh struktur kelab, menarik pelaburan dan merancang pembangunan jangka panjang.


Katanya langkah tersebut untuk memastikan KDN FC menjadi pencabar utama dalam liga bola sepak Malaysia.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook