Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KEBAKARAN DI KAMPUNG KIJANG: TABUNG SUMBANGAN DILANCARKAN
utama

KEBAKARAN DI KAMPUNG KIJANG: TABUNG SUMBANGAN DILANCARKAN


Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 1 Mei- Satu tabung kutipan derma bagi membantu lapan keluarga mangsa kebakaran di Kampung Kijang telah dilancarkan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Kijang yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Dr Izani Husin hari ini.

Menurut YB Dato'Dr Izani, beliau berasa sangat-sangat simpati dan terpanggil untuk membatu mangsa-mangsa kebakaran tersebut.

"Saya selaku wakil rakyat di kawasan ini berasa sangat-sangat simpati dan terpanggil untuk membantu semua mangsa kebakaran tersebut, lebih-lebih lagi mangsa tergolong dalam kalangan orang miskin dan tinggal pula di rumah sewa.


"Ini yang menyebabkan saya berfikir untuk melancarkan satu tabung kutipan derma untuk membantu mangsa," katanya kepada wartawan selepas majlis pelancaran Tabung Kutipan Derma bagi membantu lapan keluarga mangsa kebakaran di Kampung Kijang hari ini.

Ujar beliau lagi, duit dari kutipan derma tersebut dicadangkan untuk membeli rumah kepada semua mangsa dan rumah yang dicadangkan adalah rumah dhuafa di Badang.

"Sebaik-baiknya duit yang dikutip melalui tabung ini kita beli rumah dan diberikan kepada mangsa. Dan saya melihat rumah dhuafa di Badang masih ada dan harganya pun tidak mahal, sekitar RM45,000 semasa pelancaran dahulu.

"Cuma saya baru berbincang dan minta dengan YAB Menteri Besar supaya lapan buah rumah dhuafa di situ diberi kepada mangsa dan akan dibayar yang melibatkan kos hampir RM500,000.

"Jadi dengan duit derma daripada tabung ini serta duit bantuan rumah dhuafa yang diperuntukan kepada Dewan Negeri Kelantan (DUN), insya Allah kita cuba dapatkan rumah dhuafa di Badang," ujarnya

YB Dato' Dr Izani turut berhasrat untuk memohon sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi membeli rumah untuk diberikan kepada mangsa dan berharap pihak MAIK juga bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa.

Dalam majlis pelancaran hari ini, sebanyak RM93,000 berjaya dikumpulkan. YB Dato' Dr Izani juga turut menyumbang wang peribadi sebanyak RM10,000, selebihnya daripada agensi-agensi kerajaan antaranya Perbadanan Menteri Besar (PMBK), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Majari Servis Sdn Bhd, Kelantan Utilitis Mubarakan Holding (KUM) dan syarikat swasta iaitu SOFEA Group Of Companies dan DHR Kelstar Plantation Sdn Bhd serta Dewan Muslimat PAS Pengkalan Chepa dan orang perseorangan.


Tabung Amal ini dibuka selama sebulan dan orang ramai amat dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Tabung Amal DUN Kijang (BANK Islam), nombor akaun 0303 6010 0323 44 dengan rujukan" kebakaran".

Sebarang pertanyaan boleh hubungi puan Marian di talian 019-5230438 dan puan Rohana di talian 017-4840546.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook