Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN ANJUR HARI SUAMI ISTERI PERINGKAT NEGERI 2025 PADA 31 MEI INI
utama

KELANTAN ANJUR HARI SUAMI ISTERI PERINGKAT NEGERI 2025 PADA 31 MEI INI


Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 14 Mei – Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) akan menganjurkan Sambutan Hari Suami Isteri Peringkat Negeri Kelantan 2025 pada 31 Mei ini.

Program tersebut dijadualkan berlangsung di Dataran Majlis Daerah Tanah Merah, bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.45 tengah hari.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Rohani Ibrahim, program yang dijangka mendapat sambutan hangat itu bakal menghimpunkan lebih 500 pasangan dari seluruh negeri.

“Pelbagai aktiviti istimewa telah disusun bagi meraikan pasangan suami isteri dan memperkukuh institusi kekeluargaan berlandaskan prinsip Islam,” ujarnya menerusi satu kenyataan rasmi, hari ini.

YB Rohani Ibrahim,
Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan

Beliau menjelaskan bahawa penganjuran Hari Suami Isteri itu juga dilihat sebagai satu alternatif yang sihat dan beradab kepada sambutan Hari Kekasih yang bercanggah dengan nilai budaya timur dan ajaran Islam.

“Sesungguhnya Islam amat menggalakkan kasih sayang dan cinta, namun ia mestilah dizahirkan mengikut kaedah dan garis panduan yang ditetapkan oleh agama demi menjaga kemuliaan institusi perkahwinan dan keharmonian masyarakat,” katanya.

Tambah beliau, program seumpamanya pernah dianjurkan buat julung kali pada tahun 2012 dan kini kembali dengan pengisian yang lebih segar, bermakna dan inklusif.

Antara pengisian menarik yang menanti para peserta ialah Bicara Cinta oleh daie selebriti Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin, pertandingan sukaneka suami isteri, cabutan bertuah, taklimat buku panduan Keluarga Mawaddah, ersembahan dikir barat dan silat, Taman Hiburan Kanak-Kanak khas untuk pasangan yang membawa anak serta pameran agensi dan jabatan kerajaan.


Turut disediakan, gelas “Couple” eksklusif untuk 400 pasangan terawal yang mendafta dan perkhidmatan cetak gambar percuma sebagai kenangan manis bersama pasangan.

Mengangkat tema “Bersama Hingga Ke Syurga”, sambutan berkenaan diharap dapat menjadi medan penyubur kasih sayang, memperkukuh komunikasi rumahtangga serta menyampaikan mesej bahawa cinta halal adalah anugerah yang wajar dipelihara dan diraikan dengan penuh keberkatan.

“Saya menyeru orang ramai khususnya pasangan suami isteri di negeri ini untuk menyertai program ini dan menjadikannya sebagai simbolik penghargaan terhadap pasangan masing-masing. Cinta yang dijaga dengan iman akan kekal hingga ke jannah,” katanya mengakhiri kenyataan.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook