Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN TERUSKAN PEMBERIAN INSENTIF KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN
utama

KELANTAN TERUSKAN PEMBERIAN INSENTIF KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN


Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 7 Mei- Kerajaan Negeri Kelantan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang bersidang hari ini bersetuju untuk meneruskan pemberian insentif kepada anak-anak Kelantan yang berjaya dalam tiga peperiksaan utama iaitu, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tingi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2024.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat berkata, para pelajar yang ingin membuat permohonan mesti memenuhi syarat yang ditetapkan.

"Bagi peperiksaan SPM, para pelajar mesti mendapat sekurang-kurangnya 9A, STPM mendapat 4 prinsipal (4P A) dan STAM mendapat mumtaz dalam keputusan keseluruhan.

"Untuk pemberian intensif kecemerlangan peperiksaan 2024 ini, Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukan sebanyak RM700,000 bagi tujuan tersebut. Setiap pelajar yang layak akan menerima hadiah kecemerlangan sebanyak RM500.

"Borang permohonan boleh didapati melalui laman Facebook Yayasan Islam Kelantan (YIK), atau di laman web www.yik.edu.my bermula pada 13 Mei 2025. Borang permohonan juga boleh didapati di pejabat YIK bermula dari tarikh tersebut."

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco di Mabna, Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Tambahnya, pemberian insentif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha lerajaan negeri untuk menggalakkan kecemerlangan akademik dan melahirkan lebih ramai lagi generasi berilmu yang boleh menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

"Ia juga mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menjayakan agenda pembangunan modal insan yang berkualiti tinggi, sejajar dengan dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI).

"Pemberian insentif ini juga diharap menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik," katanya.

Untuk rekod, anugerah kecemerlangan peperiksaan diberikan kepada pelajar cemerlang bermula tahun 2006. Sehingga 2024, Kerajaan Negeri Kelantan telah membelanjakan sebanyak RM8.194 juta untuk anugerah kecemerlangan kepada 16,388 pelajar anak Kelantan yang cemerlang.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook