Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Penyokong Umno sertai kejohanan karom dianjur Adun

Penyokong Umno sertai kejohanan karom dianjur Adun



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: "Kadang-kadang kita masuk ke kedai kopi yang tak pernah  jejaki, malah pemiliknya bukan penyokong ‘hijau’. Tapi alhamdulillah, mereka sambut baik,” kata Adun Bunut Payong, Shaari Mat Yaman.


Katanya, amalan turun padang singgah di kedai kopi memberi banyak manfaat kepada rakyat dan dapat mengukuhkan hubungan dengan masyarakat.



Katanya pendekatan itu turut membuka ruang perbincangan santai yang menghasilkan pelbagai cadangan program untuk manfaat penduduk tempatan.


“Baru-baru ini ketika singgah di sebuah kedai kopi di Lundang, di mana pertemuan tidak rasmi itu bertukar menjadi ‘mini mesyuarat’ bagi membincangkan pelaksanaan program kampung.


"Hasilnya kejohanan karom dianjurkan di kawasan itu yang majoritinya penyokong Umno melibatkan penyertaan 32 regu.


“Apa yang membanggakan, mereka  minta saya berucap pada majlis itu. Ini satu perkembangan positif,” ujarnya pada sesi ‘lepak kedai kopi’ di Dun Bunut Payong semalam. 



Sebanyak 10 keluarga diziarahi bersama petugas MTD Bunut Payong termasuk penghulu mukim pada program tersebut. 


Beliau juga berkata, pendekatan turun  diteruskan melalui program ziarah secara berkala penduduk, termasuk warga emas, pesakit dan keluarga petugas parti.


Menurutnya program ziarah diadakan seminggu sekali iaitu pada hari Rabu.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook