Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SEMINAR POTENSI BIO INDUSTRI, EKONOMI KITARAN BAKAL KUPAS SUMBER PENDAPATAN BAHARU NEGERI KELANTAN
utama

SEMINAR POTENSI BIO INDUSTRI, EKONOMI KITARAN BAKAL KUPAS SUMBER PENDAPATAN BAHARU NEGERI KELANTAN

Link Pendaftaran https://forms.gle/S34AnagcZqeDDwvA7 

Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 30 Mei – Usaha memperkasa ekonomi hijau dan lestari di Kelantan bakal menerima dorongan baharu menerusi penganjuran Seminar Potensi Bio Industri di Kelantan dan Ekonomi Kitaran Sebagai Pendapatan Baharu, yang dijadual berlangsung pada Jumaat, 30 Mei 2025 pukul 3.00 hingga 5.00 petang di Dewan Rhu Rehlah, Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh.

Seminar tersebut menampilkan dua pakar dalam bidang bioekonomi dan pembangunan mampan, iaitu Pensyarah Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi UMK Jeli Prof. Madya Dr Wee Seng Kew dan Pengurus Besar Kelantan Utilities Mubaarakan Holding Sdn. Bhd. (KUM) Dr. Mohd Roshdi Hassan.

Prof. Madya Dr Wee Seng Kew akan mengupas potensi bio industri di Kelantan yang berasaskan sumber biologi seperti tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma untuk menghasilkan produk bernilai tambah dalam sektor pertanian, makanan, kesihatan, tenaga dan bahan industri.

Beliau akan menerangkan bagaimana negeri Kelantan berpotensi besar untuk menjadi hab bioekonomi baharu negara melalui pemanfaatan biodiversiti dan inovasi teknologi tempatan.

Dr. Mohd Roshdi Hassan,
Pengurus Besar Kelantan Utilities Mubaarakan Holding Sdn. Bhd. (KUM) 

Sementara itu, Dr. Mohd Roshdi pula akan membentangkan Ekonomi Kitaran sebagai Pendapatan Baharu, termasuk cetakan biru (blueprint) Ekonomi Kitaran yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Ogos 2024.

Menurut beliau, ekonomi kitaran atau circular economy adalah model ekonomi yang menekankan amalan penggunaan semula, pembaikan, pembaharuan dan kitar semula sumber sedia ada untuk memanjangkan jangka hayat produk, mengurangkan pembaziran dan menjana pendapatan baharu.

"Melalui seminar ini, audiens akan dapat mengetahui secara lebih mendalam bagaimana model ini dapat dimanfaatkan secara strategik, khususnya di Kelantan, bagi menjadikannya sumber pendapatan baharu yang lestari,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mempelawa orang ramai untuk menyertai Seminar Potensi Bioindustri Kelantan sambil menyifatkannya sebagai peluang unik untuk menerokai potensi baharu dalam sektor bioindustri yang sedang berkembang pesat.

Pendaftaran awal amat dialu-alukan menerusi pautan https://forms.gle/S34AnagcZqeDDwvA7

“Ketahui bagaimana Kelantan boleh menjadi hab bioekonomi seterusnya melalui sesi perkongsian ilmu dan strategi semasa daripada pakar industri dan akademik,” katanya lagi.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook