Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TAHFIZ YIK LAHIRKAN 5,370 HUFFAZ
utama

TAHFIZ YIK LAHIRKAN 5,370 HUFFAZ



Oleh : Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 8 Mei – Sehingga tahun 2024, institusi Pendidikan di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah berjaya melahirkan graduan huffaz seramai 5,370 iaitu melibatkan 3,573 hafiz dan 1,797 hafizah.

Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang, Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata, Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa syukur dan bangga dengan kecemerlangan yang diraih oleh anak-anak pelajar kerana berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran.

Tegasnya, pengiktirafan dan penganugerahan ini bukan sekadar sebuah acara penyampaian sijil, tetapi ia merupakan simbol kejayaan kita bersama, baik kepada kami di peringkat kepimpinan kerajaan negeri mahupun ibu bapa dalam membina generasi al-Quran yang menjadi harapan ummah.


“Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yayasan Islam Kelantan di atas kejayaan dan semua guru yang mencurahkan khidmat membimbing anak-anak pelajar sehingga khatam hafazan, dan kepada pelajar yang bergelar seorang hafiz atau pun hafizah, ibu bapa pastinya cukup berbangga dengan kejayaan yang dilakar oleh anak-anak semua.

"Kejayaan ini merupakan nikmat yang amat bernilai yang dianugerahkan oleh Allah SWT apabila seorang anak mampu dan berjaya menghafaz Kalamullah,” katanya semasa perasmian Majlis Graduasi Tahfiz Kali Ke-15 Bagi Tahun 2024, bertempat Di Grand Riverview Hotel pagi tadi.

Bagaimanapun jelasnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab besar semua huffaz ini untuk berusaha bersungguh-sungguh membumikan serta merakyatkan al-Quran, kerana masyarakat yang berada di luar sangat mendambakan petunjuk al-Quran bagi mengislah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan diredai Allah SWT.


“Dengan kelebihan yang ada ini, para hafiz dan hafizah perlu meningkatkan potensi dan kebolehan diri memahami dan menghayati kandungan al-Quran kerana ia akan menjadi dalil dan memberi penguat kepada kita untuk menyampaikan dan memberi kefahaman mengenai Islam kepada masyarakat,

Selain itu, perlunya memaknakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan melaksanakan tanggungjawab islah kepada masyarakat sebagai seorang musleh kepada ummah agar al-Quran menjadi panduan dan bimbingan dalam kehidupan,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, seramai 248 hafiz dan hafizah telah menerima penghargaan setelah berjaya menamatkan hafalan al-Quran. Dalam pada itu, dua pelajar menerima Tokoh Graduasi Tahfiz YIK 2024 iaitu Muhammad Izzul Razali dari Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulau Chondong Machang dan Siti Syaima’a Baharuddin dari Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.


Kedua-duanya menerima sebuah laptop sumbangan Menteri Besar dan tajaan umrah dari Exco Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital Dan Inovasi Negeri Kelantan YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat serta wang tunai sejumlah RM 1,000.

Selain itu, YIK turut memperkenalkan Anugerah Tokoh Tahfiz, Anugerah Hafiz dan Hafizah Terbaik Sekolah, Hadiah al-Quran Tulisan Tangan Terbaik, Sijil Syahadah Hafazan 10, 20 dan 30 juzuk serta Ijazah Sanad.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook