Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

ANAK JATI KUALA KRAI DINOBAT PEGAWAI KADET TERBAIK TUDM, TERIMA PIALA SERI ANGKASA DAN PEDANG KEHORMAT
utama

ANAK JATI KUALA KRAI DINOBAT PEGAWAI KADET TERBAIK TUDM, TERIMA PIALA SERI ANGKASA DAN PEDANG KEHORMAT


Oleh: Asri Hamat 

KOTA DARULNAIM, 30 Jun –  Anak kelahiran Kuala Krai, Kelantan Pegawai Rendah Kanan Fazril Azim Shaharuddin,  mencatat sejarah apabila dinobatkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2025.

Kejayaan tersebut membolehkan beliau menerima Piala Seri Angkasa serta sebilah Pedang Kehormat yang disempurnakan penyampaiannya  oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam satu majlis Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun 2025 yang berlangsung di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, pada Sabtu. 

Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata, kejayaan Fazril Azim membuktikan bahawa anak Kelantan, walau dari ceruk desa, mampu mengukir kecemerlangan di peringkat tertinggi dengan usaha dan tekad yang teguh.

"Semoga Fazril Azim terus maju dan menjadi pemangkin semangat kepada anak muda yang lain untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan tanah air."

Beliau berkata demikian menerusi satu catatan di media sosial miliknya, hari ini. 

Fazril Azim, 24, kini ditauliahkan ke Cawangan Kejuruteraan TUDM, sejajar dengan kelulusan beliau dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian.

Untuk rekod, seramai 509 Pegawai Kadet telah terlibat dalam istiadat perbarisan yang diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan Fazril Azim  Shaharuddin.

Istiadat perbarisan tersebut merupakan pengiktirafan atas kejayaan mereka menamatkan latihan ketenteraan dan seterusnya ditauliahkan sebagai pegawai muda ATM dalam ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook