Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN PELAWA SEMUA BELIA MALAYSIA SERTAI I-MYSK 2025
utama

KELANTAN PELAWA SEMUA BELIA MALAYSIA SERTAI I-MYSK 2025


Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 17 Jun – Kerajaan Negeri Kelantan mempelawa semua belia di seluruh Malaysia ke program International Muslim Youth Summit Kelantan (I-MYSK) 2025: “Echo of Palestine – Voice of the Voiceless”, yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Jun 2025 di Kota Bharu.

Program berimpak tinggi kelolaan Urus Setia Belia dan Sukan (U-BeS) itu merupakan usaha menyatukan suara belia Islam antarabangsa dalam menyuarakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhammad berkata, I-MYSK 2025 merupakan inisiatif strategik Kerajaan Negeri Kelantan untuk menterjemah suara belia dalam membina jaringan kesedaran antarabangsa dan mengangkat isu Palestin sebagai agenda global yang melibatkan suara generasi muda.

YB Zamakhshari Muhamad,
Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan


"Selaras dengan dasar Kelantan Membangun Bersama Islam, penganjuran ini menegaskan peranan belia sebagai agen perubahan sejagat dan pembela keadilan kemanusiaan," katanya dalam sidang media di Mabna, hari ini.

Majlis perasmian rasmi akan berlangsung pada malam 20 Jun 2025 di Hotel H Elite Design, Kota Bharu, dan akan disempurnakan oleh Menteri Besar KelantaYAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Dalam majlis tersebut, YB Zamakhshari akan menyampaikan ucapan dasar yang menekankan hala tuju Kelantan Futures State 2033 untuk melahirkan pemimpin muda yang celik isu dan aktif di pentas global.

Kemuncak intelektual program akan berlangsung keesokan harinya menerusi Persidangan Antarabangsa pada 21 Jun 2025.

Wacana bestari itu dijangka menghimpunkan lebih 150 peserta dari lebih 20 negara, termasuk Palestin, Turkiye, Pakistan, Mesir, United Kingdom (UK), India, Indonesia, Sri Lanka, Kemboja, Filipina dan Afrika Selatan, serta penyertaan lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut YB Zamakhshari, persidangan berkenaan bakal membincangkan pelbagai aspek berkaitan isu Palestin termasuk politik antarabangsa, hak asasi manusia, serta perang maklumat dalam era digital.

Antara tokoh dan panel yang akan berkongsi pandangan ialah selebriti dan aktivis kemanusiaan Faizal Tahir, Pakar Komunikasi Korporat, Islam Dusunce Enstitusu, Turki Ahmet Hakan Kesimoglu dan Pensyarah Sejarah Islam Universiti Ankara Dr. Khalid El-Awaisi.

Turut berdiskusi ialah Pengarah, Institute for Media & Social Dynamics UK Dr. Muhammad Osama Shafiq, Penulis geopolitik dan wartawan bebas, The Patriots Publishing Ahmad Faezal, Aktivis kemanusiaan, Pengasas Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri dan Pempengaruh dan penggiat kempen sosial Azri Ramli @ Caprice.

Penganjur optimis bahawa persidangan itu akan menghasilkan rangka kerja dan cadangan praktikal yang mampu menyumbang kepada usaha strategik ke arah pembebasan Palestin dan kebajikan rakyatnya.

Sebagai penutup, Himpunan 10,000 “Untukmu Palestin” akan diadakan pada malam 21 Jun pukul 9.00 malam di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Himpunan tersebut dijangka menarik lebih 10,000 rakyat dari pelbagai latar belakang yang cintakan keamanan dan menolak penindasan.

Antara pengisian utama termasuk persembahan nasyid oleh kumpulan In-Team, ucapan daripada pemimpin NGO, serta pembacaan “Deklarasi Kelantan untuk Palestin” oleh wakil belia sebagai simbolik ikrar solidariti rakyat terhadap Palestin.

Tambah YB Zamakhshari, program tersebut merupakan manifestasi jihad intelektual dan kemanusiaan yang lahir daripada kesedaran dan keprihatinan rakyat Kelantan, khususnya golongan belia, dalam memperjuangkan keadilan sejagat.

“Melalui gabungan tiga elemen utama iaitu perasmian beridentiti kenegaraan, persidangan berwacana global, dan himpunan massa sebagai ekspresi rakyat, I-MYSK 2025 akan menjadi mercu tanda bahawa Kelantan mampu memimpin suara umat dalam isu-isu antarabangsa.

“Oleh itu, saya mewakili Kerajaan Negeri mempersilakan seluruh rakyat Malaysia, terutamanya anak muda, untuk menyertai, menyebarluaskan dan mendukung agenda murni berkenaan demi Palestin” ujarnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook